CARA OTAK AUTISM BERFUNGSI
Orang autism ni "single-minded", boleh buat/fikir satu benda saja pada satu-satu masa.
Tak seperti neurotipikal (orang normal) yang boleh "multi-task" (boleh proses banyak maklumat serentak pada satu-satu masa). Boleh buat banyak benda pada satu-satu masa.
Otak autism ni berbeza. Cara kami memproses maklumat berbeza. Kami memproses maklumat SATU DEMI SATU. Jika dipaksa juga (banyak maklumat serentak) boleh menyebabkan stress kerana bertentangan dengan cara otak kami bekerja. Itulah punca kami mengamuk, tantrum, lari sana-sini, menjerit dsb. Sebab kami stress, dan perlu redakan stress tu.
Puncanya, banyak benda nak hadam, banyak sangat rangsangan (atau banyak benda menarik perhatian). Dalam keadaan biasa pun kami sudah sedia “stress” dan anxiety (gelisah). Anxiety ni memang sudah sedia ada, petik suis saja (contohnya rangsangan sekeliling; cahaya, warna, ramai orang). Jika orang normal satu suis lampu untuk satu bilik, orang autism satu suis lampu untuk seluruh rumah.
Begitulah "wiring" otak autism. Satu suis untuk seluruh badan.
Anxiety adalah disebabkan "wiring" ini; guna elektrik/peralatan maksimum untuk seluruh rumah. Semua sekali dia "ON". Sekali "overload" terus blackout satu rumah. Orang normal cuma "ON" lampu untuk bilik yang dia pakai saja.
Sebab tu kami ada "stimming", "self-stimulation" goyang sana-sini, gerak itu, gerak ini, supaya boleh kurangkan stress dan berasa lebih selesa. Jika terlampau stress, otak kami boleh meletup. Bayangkan peninju yang terloncat-loncat atas gelanggang sebelum bertumbuk. Dia takkan berdiri tegak saja sebab dia dalam keadaan "high alert", adrenalin laju, jantung laju.
Sebenarnya dia sedang 'stress'. Budak-budak hyperaktif, itulah yang dia rasa. Tapi kalau dia jumpa benda yang dia suka/minat, dia boleh rileks dan fokus.
Autism boleh fokus kepada satu tugasan sahaja pada satu-satu masa. Kalau nak tambah tugasan, tunggu yang pertama selesai dulu. Kalau nak suruh "B", tunggu kami selesaikan/faham "A" dulu. Bagi kami masa secukupnya. Jangan nak cepat-cepat kejar masa takut otak kami tak terkejar. Bimbang otak kami kata "berhenti", satu apapun tak boleh buat. Ini adalah cara semulajadi otak untuk mengelakkan kerosakan.
(Saya kata sekolah aliran perdana berat untuk autism sebab banyak subjek dalam satu hari. Autism paling selesa satu subjek satu hari. Banyak subjek boleh menyebabkan "overload" walaupun untuk autism yang "pandai". Otak autism kena bekerja 2 kali ganda berbanding orang normal. Operating system autism bukan dicipta untuk proses banyak benda serentak atau dalam tempoh yang singkat. Jadi ia boleh rosak. Operating system untuk autism dan neurotipikal tak sama.)
Di planet autism, cara bekerja berbeza. Semua orang bebas siapkan tugasan ikut stail sendiri, ikut kemampuan sendiri, ikut "timing" sendiri. Kami dinilai melalui kreativiti, usaha, stail. Bukan hasil. Neurotipikal pentingkan hasil, autism pentingkan proses. Bagi kami, hasil akan datang sendiri bila proses tu betul.
Hidup autism ni simple.
Kalau makan, makan.
Kalau mandi, mandi.
Kalau bersukan, bersukan.
Kalau melukis, melukis.
Kalau bermain, bermain.
Kalau duduk, duduk.
Kalau berdiri, berdiri.
Kalau mendengar? Kami fokus mendengar.
Sebab tu kami tak tengok mata kamu masa kamu bercakap.
Mendengar = satu kerja
Melihat = satu kerja
Melihat = satu kerja
Single-tasking.
#fahamiautism
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.