Dalam Bahasa Melayunya, lampin kain.
Sudah beberapa tahun saya mencari lampin kain ni.
Asalnya saya sudah membeli lampin kain ketika Balqis berumur 12 tahun.
Siap customized lagi kerana sudah tak muat untuk guna lampin bayi tu.
Taklah beli banyak-banyak sebab sangka saya, Balqis tidak perlu memakai lampin lagi apabila dewasa.
Namun sehingga kini, dia masih belum boleh ke tandas sendiri.
Jadi saya tiada pilihan selain mencari lampin kain semula.
Paling tidak, kos mingguan membeli lampin pakai-buang dapat dikurangkan.
Lihat di sini:
Tip untuk pengguna lampin kain
Lampin kain yang ada di pasaran, hanyalah untuk bayi dan anak-anak kecil. Seperti tidak ada sambutan walaupun banyak kebaikannya.
Demand untuk lampin kain dewasa ini agak besar sebenarnya.
Bukan saja anak istimewa yang sudah dewasa, ibubapa dan datuk nenek juga boleh gunakannya.
Selain kos lampin pakai-buang yang tinggi, kulit pengguna juga menjadi kering kerana kurang pengudaraan.
Lampin kain dapat menyelamatkan alam sekitar dari pembuangan plastik dari bahan pakai-buang.
Tambah-tambah pula, di Malaysia juga tidak ada cara pembuangan lampin pakai-buang yang khusus dan bersih.
Tidak mudah mencari CD yang sesuai dengan seseorang.
Bagi penjaga seorang OKU, kita mahu lampin yang senang dipakaikan. Samada semasa berdiri mahupun dalam keadaan berbaring.
Bagi OKU sendiri, lampin kain tentulah lebih selesa dari lampin pakai-buang.
Di sini saya paparkan beberapa contoh CD yang pernah saya gunakan.
Contoh 1: Insert diselitkan ke dalam poket lampin
Contoh 2: Dua lapis "insert" diikat dengan butang
Demi membangunkan ekonomi orang kita.
Demi meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar.
Demi kesejahteraan OKU dan penjaga mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.