Labels

Sunday, October 25, 2015

Symptoms of body malfunction


If you experienced  any of the above 10 symptoms below, drink Kangen Water immediately.  






'NEVER NEVER NEVER TRADE YOUR HEALTH FOR WEALTH. YOU MAY THINK YOU CAN BUY IT BACK BUT YOU CANT'








TOP 10 SYMPTOMS OF KIDNEY DISEASE YOU MUST KNOW:

1.Change in the Urinary function:

Getting up a few times to urinate.
Urge to urinate more often but not able to do so when in the toilet.
Urine darker than usual.
Urine foamy or bubbly.
Urine contains blood.
Difficulty urinating.
Pain or burning sensation during urinating.
2.Swelling in the body.

3.Severe fatigue and weakness.

4. Dizziness.

5. Unexplained back pain.

6. Skin breakouts and Itching.

7. Ammonia breath.

8. Nausea and vomitting.

9. Feeling cold most of the time.

10. Shortness of breath.

Friday, October 23, 2015

Tip ibubapa kepada anak istimewa

10 TIPS UNTUK IBUBAPA ANAK ISTIMEWA

Memang susah untuk cari istilah yang sesuai menggambarkan anak-anak anugerah Allah ini. Namun secara asasnya, tips ini khusus buat ibubapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan – ADHD, dyslexia, autism, learning disorder, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.

1. Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, samaada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.

2. Bagi anak yang sudah bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKN yang ditandatangani doktor) selewat-lewatnya pada usia pra-sekolah – penting untuk pastikan anak dapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/pendidikan.

3. Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) – samaada kekal mainstream, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.

4. Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, ia mungkin akan jadi kenangan yang manis untuk anda.

5. Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada kala anda terpaksa mengalah bila mereka tak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.

6. Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga dia, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali dia buat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.

7. Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.

8. Tetapkan rutin yang konsisten – waktu makan, bermain, tidur, keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.

9. Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autism, dyleksia dan learning difficulties, jangan paksa mereka jadi engineer/doktor/arkitek bila besar nanti.

10. Cipta makna kejayaan bagi anak anda sendiri – seperti kata guru saya, ada kalanya, ada seorang ibu perlu realistic dan berpada dengan meletakkan tanda aras Berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tak jadi pelajar harapan sekolah pun tidak apa. raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.

..dan yang paling penting, berbaik sangka dengan Allah. Setiap yang diatur olehNya adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan putus asa untuk terus berdoa, agar Allah memelihara mereka ketika kita ada dan nanti bila kita tiada.


Sebahagian tips diolah dari tulisan Smith & Segall, 2015.

Sunday, October 18, 2015

Contoh kad OKU

Inilah rupa kad OKU yang baru.
Sudah berbentuk kad kredit yang mudah disimpan di dalam wallet.

Friday, October 16, 2015

PH dalam darah

TAHUKAH ANDA?

pH memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakbalas/respons tubuh manusia terutamanya darah. 

Julat pH yg normal untuk darah ialah antara 7.30 sehingga 7.45. 
pH darah merupakan suatu petunjuk penting utk mengetahui kuantiti oksigen yg terdapat di dalam sel. 

Sebagai contoh, darah pada pH 7.45 mengandungi 65% lebih oksigen berbanding darah pada 7.30.

Manakala darah yang lebih berasid (pH kurang dari 7.30) menjadikan darah lebih pekat dan sukar dipam seterusnya mengundang kpd penyakit darah tinggi.



SEMAKIN BERASID pH DARAH, SEMAKIN KURANG KANDUNGAN OKSIGEN DI DALAMNYA.

Kekurangan OKSIGEN dalam darah dan persekitaran pH yg berasid merupakan komponen utama terbentuknya segala PENYAKIT!



Penyembuhan hanya akan berlaku apabila pH dalam darah kembali kepada aras normalnya. Ketidakseimbangan yang berpanjangan akan membantutkan proses pemulihan sebarang penyakit atau radang di dalam badan kita.

Oleh itu pilihlh air yang sihat utk kehidupan seharian anda...
"CHANGE YOUR WATER, CHANGE YOUR LIFE"

Friday, October 9, 2015

Kenali ciri-ciri autisme

Ciri2 autisme secara ringkasnya..



Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu.

Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.

Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya. 

Mereka tidak menunjukkan minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.

Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.

Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.

Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.

Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya.

Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.

Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.

Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.

Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.

Thursday, October 8, 2015

Perihal kepentingan air

PERIHAL AIR KEPENTINGAN AIR



Kata  " المَاءُ ", air, disebutkan dalam al-Quran berulangan, tidak kurang daripada 52 kali.

Mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi, sesuatu perkara yang disebutkan banyak kali dalam al-Quran menunjukkan satu kepentingan, kedudukan dan kesan dalam agama dan kehidupan. 

1 Ini bermakna air sangat penting bagi makhluk yang hidup.

Mari kita renungi ayat 30, dari surah al-Anbiyaa’ 21:
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ
Ertinya : Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup.
Berdasarkan Tafsir al-Nukat wa ‘Uyuun, Al-Tafsir al-Munir dan Al-Tafsir al-Maudhu’ii, antara maksud ayat ini ialah:
Allah SWT jadikan, dari air, segala sesuatu yang hidup.
Allah Taala memelihara, dengan air, segala sesuatu yang hidup. 

2 MENGIMBAS PERSOALAN PENDAPAT PAKAR

Kajian saintifik atau ilmiah telah dilakukan terhadap pelbagai perkara, termasuk air, dan menemui beberapa dapatan/hasil, namun ilmu pengetahuan manusia yang terhasil daripada sesuatu kajian ilmiah adalah sedikit, malahan banyak lagi perkara yang belum ditemui/diketahui.

Hal ini berdasarkan penegasan Allah SWT dalam surah al-Israa’ 17, ayat 85:
وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Ertinya: Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Dalam mentafsirkan ayat ini, Syeikh al-Sya’rawi, dalam kitab tafsirnya Khawathiri Haula al-Quran al-Karim, menyatakan:
“Para ilmuwan (ulama) dan para penyelidik menemui setiap hari sesuatu yang baharu tentang alam semesta yang luas dan manusia.
Jika anda ikuti apa yang dicapai oleh ahli sains angkasa dan tokoh-tokoh perubatan, anda dapati hasil pencapaian mereka memeranjatkan anda tentang tanda-tanda kebesaran (Allah) dan keajaiban-keajaiban pada penciptaan Allah Taala, tetapi adakah itu bermakna kita telah mengetahui segala-galanya? 

3
Manakala Dr. Wahbah al-Zuhaili pula, dalam kitab tafsirnya, Al-Tafsir al-Munir, menjelaskan:
“Dan kamu, wahai manusia, tidak diberikan ilmu dan pengetahuan melainkan sedikit sahaja, yang sumbernya adalah daya tahu pancaindera dan pemerhatian terhadap segala sesuatu yang tampak, sedangkan di sebalik itu, kamu tidak berupaya memperolehinya dan tiada sesiapapun yang mengetahui hakikatnya. 

4
Ini bermakna, kita tidak harus mengatakan “tiada” pada sesuatu yang kita tidak tahu. Begitu juga para doktor, bukan sesuatu yang mereka tidak tahu, termasuk perihal air, bermakna ia “tidak wujud”.
والله أعلم
Ismail bin Hassan
Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
29 September 2015
-------------------------
1 Al-Qaradawi (Dr.). 2001. Kaifa Nata’amal ma’a al-Quran al-“Azim, hal. 524.
2 Al-Mawardi. t.th.. Al-Nukat wa ‘Uyuun, Jilid 3, hal. 44; Al-Zuhaili, Wahbah (Dr.). 2009. Al-Tafsir al-Munir, Jid 9, hal. 51l; Muslim, Musthafa. 2010. Al-Tafsir al-Maudhu’ii, Jid. 5, hal. 22.
3  Al-Sya’rawi. 1991. Khawathiri Haulal Quran al-Karim, hal.  8723.
4 Al-Zuhaili, Wahbah (Dr.). 2010. Al-Tafsir al-Munir, Jld. 8, hal. 162.

Monday, October 5, 2015

Bahasa dosa

Dipetik dari grup WA.


10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi; Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT

Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)

Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU

Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)

Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK

Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL

Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)

Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?

Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

8) Bahasa MENGUGUT

Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.

Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH

Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)

Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.

RO vs KW

Dipetik dari grup WA.

========================================

Assalamualaikum teman2.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menggunakan air RO selama 12 tahun sekeluarga.
Saya mula membeli penapis air sistem RO agak terkenal di m'sia pd tahun 2002.

Pada tahun 2005 suami saya disahkan slip disc.

Ketika operation doktor sgt terkejut kerana tulang yg perlu dipotong x perlu menggunakan cutter tetapi guna tangan sahaja sudah memadai. Masih teringat kata2 doktor ketika melawat suami di wad.
"Apa awak dah buat dgn tulang awak? Awak meyenangkan kerja saya...rapuh sangat tulang awak...guna tangan aje dah patah." Sambil ketawa.

Suami agak terasa.

Pada tahun 2007, 5 tahun setelah meminum RO  Saya mengalami masalah haid tidak teratur...
Saya pernah keguguran dan pada 2009 saya disahkan mengalami fibroid dan masih menderita masalah haid terpaksa mengambil pil hormon untuk mengatasinya...
Akhirnya masalah  semakin tidak dpt dibendung kerana fibroid dan masalah haid semakin serius. Akhirnya keputusan yg berat terpaksa diambil ...
Saya  terpaksa dibedah membuang rahim kerana mengalami pendarahan yg melampau sehingga kekurangan darah.

Anak2 saya juga mengalami masalah haid tidak teratur. Mereka membesar dengan air RO.
Setelah diamati dan diteliti tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan penyebabnya adalah kerana kesan dari meminum air RO.

Yg berasid dan kehilangan fitrahnya.
Sebagai bukti bagi menguatkan lg kesahihan itu ialah seramai 5 orang rakan2 saya mengalami komplikasi yg yg sama  iaitu reput tulang ,kanser dan  masalah haid.
Dan kelima lima mereka minum air RO dari jenis penapis yg sama.

Kes 1
Anak remaja salah seorang rakan telah disahkan mengidap  kanser ovari tahap 4.

Kes 2
Seorang rakan merupakanjiran juga slip disc.

Kes 3
Seorang lagi mengalami patah kaki tidak  semena mena ketika sedang berjalan . .macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya....tulang menjadi sangat.rapuh .

Kes 4
Seorang lagi jiran mengadu suaminya terpaksa dimasukkan ke wad hospital . Masalahnya tulang bahu terkeluar dari engsel buat kali kedua.. didapati tulang bahunya rapuh dn slip dari bahu.

Kes 5
Rakan yg mmperkenalkan penapis ro itu sendiri, ibu dan adik nya disahkan breast canser.

Byk lagi kes kes diluar sana . Sudah sampai masa info info ini diambil serius.
Skrg kami sekeluarga sudah semakin sihat. Kami bertukar kepada kangen alkalize ionize water. Byk antioksidan, beralkali dan molekulnya sgt halus. Alhamdulillah.

Atas dasar pengalaman dan pengamatan..Mudahan memanjangkan manfaat dan menjadi tauladan. Bukan  meraih kemudaratan berpanjangan.