Mari kita tauldani akhlak Rasulullah SAW dalam memperjuangkan nasib OKU. Coretan ini saya petik dari FB, tapi mohon maaf kepada penulis orig kerana saya tidak ingat siapa dia.
*** *** *** ***
Meneliti akhlaknya yang mulia, Baginda SAW adalah manusia biasa juga dan telah sedikit terkesan dengan kehadiran itu dan dengan spontan, telah berpaling sedikit hatinya sambil sedikit bermasam muka.
Hakikat cermat dan seninya akhlak Rasulullah SAW dalam termelakukan hal sedemikian terhadap kehadiran Ibnu Ummi Maktum, langsung tidak disedari oleh mana2 orang ramai yang ada pada ketika itu, apatah lagi si Ibnu Ummi Maktum yang buta tadi.
Pun begitu, kerana Allah SWT berkehendakkan pengajaran buat umat manusia terutama yang beragama Islam lagi beriman agar menghormati setiap insan berkelainan upaya sepertinya, maka Baginda SAW telah ditegur oleh Allah SWT mengenainya di dalam Al-Quran.
Allah SWT menegaskan bahawa mereka daripada kalangan OKU yang berkehendakkan Islam, mengamalkannya dan sama2 memperjuangkannya adalah lebih baik daripada mereka yang sempurna daripada kekurangan dan kelainan lahiriyyah tetapi menolak Islam.
Semenjak itu, akhlak dan peribadi Rasulullah SAW telah dimajukan dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi sesuai dengan pujian Allah SWT bahawa Baginda diutuskan itu bukan untuk golongan atau alam tertentu sahaja, tetapi sebagi rahmat untuk sekelian alam.
Umat Islam terutamanya para ulamak yang menjadi pewaris para nabi menjadi berkewajipan dan bertanggungjawab memuliakan para OKU dengan membantu mendidik mereka dengan Islam sebagaimana sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
OKU itu lembut dan lemah hati mereka mengenai Islam, dalam mempelajarinya dan berjuang di jalan Allah untuknya, justeru, mereka perlulah bersungguh2 disokong dan dibantu kerana mereka merupakan pertahanan terakhir Islam.
Dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW terus menerus menjalankan usaha mendidik Ibnu Ummi Maktum sehingga menjadi seorang hafiz Al-Quran, pencinta masjid Allah SWT dan melantik beliau sebagai pengganti Baginda SAW menjadi imam umat Islam semasa ketiadaan Nabi SAW dan para sahabat kerana ke medan perang.
Sesungguhnya Islam amat menghormati, menyanjung tinggi dan memuliakan para OKU kerana mereka termasuk antara sebab Allah SWT masih menurunkan rahmatNya ke bumi dan menjauhkan sekelian manusia daripada malapetaka.
Semoga para pembaca yang budiman apabila datang kepada tuan2 dan puan2 mereka yang berhajat dan memerlukan bantuan daripada kalangan OKU atau keluarga atau pertubuhan yang membantu mereka, tidak memalingkan diri atau bermasam muka, bahkan bantulah mereka dengan seadanya.
Semoga dengan itu, mudah2an tuan2 dan puan2 yang dirahmati Allah SWT beroleh rahmat, pahala dan keberkatan kerana menyambung sunnah agung Rasulullah SAW. Amin.
Allahul Hadi wal Musta'an.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.