Labels

Tuesday, June 27, 2017

Jemputan istimewa di Hari Raya


Kami diperkenalkan dengan Elizabeth untuk mencuba sessi Sound Therapy.
Oleh kerana tiga sessi percubaan itu dilakukan semasa bulan puasa, kami telah menjemput Elizabeth merasai sambutan Hari Raya bersama kami.

Apa itu "sound therapy"?

Sesuatu yang baru bagi saya juga. Dari apa yang diceritakannya, setiap zarah di dalam badan kita ada getarannya yang tersendiri. Bunyi pula dihasilkan dan mempunyai getaran tersendiri juga. Getaran bunyi luaran ini, akan membantu merangsang sel-sel badan termasuk sel-sel otak.



Antara kesan-kesan dari terapi ini....anak yang "hyper" menjadi lebih tenang. Ada juga yang mengalami sakit kronik yang tertidur semasa terapi dijalankan.

Siapa Elizabeth?

Dia dilahirkan di Australia tetapi telah menetap di sini selama sepuluh tahun. Selama lapan tahun, dia mengendalikan perniagaan abangnya, yang berpusat di Ipoh. Namun kerana minatnya yang mendalam di bidang muzik dan Sound Therapy ini, beliau telah mengikuti beberapa kursus berkaitan Sound Therapy dan menumpukan perkhidmatannya di bidang ini. Beliau telah banyak bekerjasama dengan beberapa pusat jagaan anak-anak autistik dan juga tadika.

Untuk tahu lebih lanjut, sila lawat laman webnya: Sound therapy

 


Elizabeth juga telah menyarankan beberapa buah buku yang sesuai untuk bacaan. Antaranya "The Mozart Effect".

 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.