Labels

Saturday, January 28, 2017

Do it yourself

Berkongsi artikel yang saya terima melalui WA:


A 1963 Harvard graduate said this:

"My one big mistake in life has been providing a trust fund for my five' children. I'm very comfortable paying for an education for as long as they want to study in a reputable university.
However, providing additional funds so they could have a lifestyle beyond what they have achieved on their own was a mistake".

A leadership teacher, John Maxwell says and I quote "If you do everything for your children, what will they do for themselves?"

By the time they finish university education, we have slaved and built houses for them, put car keys in their hands and bankrolled their wedding.

What will they do for themselves? In the course of doing these for them, some people develop hypertension and all sorts of illnesses. Some slump and die. Some even steal to achieve these for their children.

*I submit to you all that inheritance goes beyond material things. Give your children the right values, strong character and a revelatory knowledge of the power they carry as a creature of God*

Then they will create water to sell in the desert and sell sand to the Arabs to build mansions for themselves.

Do something for your children to make them have a softer take off. The keyword is 'take off'. Do not take over their lives because you yourself have your life to live.

Think about these things critically and adjust your approach religiously.


Tuesday, January 3, 2017

Perjalanan hidup sebagai panduan

Dr Hamid Arshat seorang pakar sakit puan yang popular merupakan antara individu yang kerap melakukan umrah setiap tahun secara DIY atau persendirian. Baca posting beliau yang sangat bermanfaat dan boleh jadi panduan dalam hidup kita:

33 PESANAN DR HAMID ARSHAT KEPADA CUCU-CUCU BELIAU SEMPENA TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.

Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah di Makkah dan Medinah.



1. Tidur awal.

Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.

Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.

Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.

Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.

Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.

Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.

Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.

Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.

Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.

Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.

Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. 

Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Boleh dibuat dimana2 : sedang duduk di pejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. 

Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.

Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.

Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan  kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.

Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil  saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 Jepun dan Korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.

Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.

Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.

Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.

Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya  dan  hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.

Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.

Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih di hospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.

Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.

Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
 
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.

Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain. 

Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.  

Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.

Jauhkan cakap2  negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
16. Senyum dan ucap salam selalu. 

Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. 

Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.

Jangan cuba menang dalam semua perbincangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun mungkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia-siakan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. 

Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.  

Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21.  Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. 

Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. 
 
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.  

Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.

Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.  

Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.  

Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.  

Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.  

Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.  

Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.  

Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
'
30. Janji mesti ditepati.  

Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.

Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.  

Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.

Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.

Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.  

Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN  

Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hidup:
  • Perlu kuat iman dan taqwa
  • Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
  • Berilmu dan kemahiran tinggi.
  • Berdisiplin.
  • Bijak dalam pengurusan.
  • Berakhlak mulia.
  • Kuatkan Silaturrahim.


##copy paste FB Dr Hamid Arsyat

Friday, December 9, 2016

Air oh air


*Perbezaan Air Paip, Air R.O, Air Botol, Air Alkali Biasa dan Air Alkali Kangen*

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:

Air Paip
Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
Air Botol (Termasuk Air Mineral)
Air Alkali Biasa
Air Alkali Kangen

*☘Air Paip*
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.

*☘Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)*
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.

*☘Air Botol ( Termasuk Air Mineral)*
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.

*☘Air Alkali Biasa*
Air jenis ini terbentuk bila air biasa bertindak dengan logam alkali contohnya magnesium, kalium atau kalsium.  Air jenis ini hanya sesuai diminum pada pH 8.0 kebawah.  Pada pH 8.0 ke atas rasanya tidak enak dan kandungan logam alkali melebihi had dibenarkan untuk air minuman dan boleh merbahayakan kesihatan.

*☘Air Alkali Kangen*
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan. Air ini ciri2nya mirip air zam2 dan boleh dianggap air zam2 buatan @ tiruan.

Semoga kita mendapat lebih kefahaman tentang ilmu air.

Friday, November 25, 2016

Kegunaan KW

[JENIS-JENIS & KEGUNAAN KHAS KANGEN WATER]

Mesin kangen menghasilkan 5 jenis air berbeza pH mengikut keperluan:

1. STRONG ACIDIC WATER (pH 2.5 )
��Pembersih Tangan
��Membersihkan Luka dan goresan
��Dapat menyembuhkan luka terbakar
��Baik utk jangkitan kuman teruk
��Jerawat
��Sakit gigi
��Sakit Tekak (kumur seperti listerin)
��Digunakan sebagai bahan pelindung tanaman
��Membunuh psoriasis pd kulit
��Mengeringkan luka diabetes

2. BEAUTY WATER (PH4.0-6.0)
��Toner utk kulit
��Melembutkan & melebatkan  Rambut
��Menguatkan akar rambut
��Mengencangkan kulit
��Untuk menyiram tanaman supaya tumbuh subur

3. NEUTRAL WATER ( PH 7.0 )
��Untuk membuat makanan bayi dan susu
��Untuk diminum bersama ubat

4. KANGEN WATER ( PH 8.5 – 9.5 )
��Air minum.
��Sgt bagus diminum bersama mknn tambahan/vitamin
��Micro Cluster.
��Meneutralkan Radikal Bebas.
��Menyeimbangkan pH tubuh.
��Detoksifikasi dan Pembersihan.
��Meningkatkan tenaga,
��Mengurangkan Kelelahan/astma.
��Meningkatkan kadar Anti-oksida
��Meningkatkan Kesihatan Menyeluruh.
��Melancarkan sistem pencernaan
��Menstabilkan tekanan darah
��Seimbangkan gula dalam darah
��Kesihatan tulang

5. STRONG KANGEN WATER(PH11.5)
��Membersihkan Buah2an dan sayur2an dari racun serangga
��Membersihkan kesan kopi
atau teh..
��Mencuci kesan minyak
��Mengecilkan pori kulit
��Menanggalkan daki dikulit(gosok)
��Bukan utk diminum tyetapi disarankan utk diminum pesakit kanser oleh AACI utk melawan kanser didlm buku "Killing Cancer Not People" dlm jumlah yg disarankan mengikut protokol..

Tuesday, November 22, 2016

Perihal gula

Sebentar tadi baru sahaja berlangsung
LIVE bersama Dr Norman Norawi @ IKIM.FM
disini saya kongsikan beberapa point penting
yang sempat saya catat.
semoga ia menjadi asas panduan kesihatan
buat semua Ummat.

Sekilas ringkasan semoga bermanafaat.
Catatan : Firdaus Mishari
Hubungi : 019 5244 200

SEJARAH
**************
GULA WUJUD 2000 TAHUN DAHULU DI INDIA
GULA ADALAH MAKANAN DIRAJA DAN BANGSAWAN
GULA ADALAH MAKANAN ORANG KAYA ZAMAN DAHULU
ZAMAN NABI TIADA GULA
MADU ADALAH PEMANIS SEMULAJADI ZAMAN BAGINDA
ZAMAN HANG TUAH PUN TIADA GULA!!!
SAPA SURUH MAKAN GULA?

PEDAGANG EROPAH ADALAH INDIVIDU
YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMPERKENAL
GULA KESELURUH PELOSOK DUNIA.
SEHINGGA IA DIKENALI SEBAGAI PENYEDAP MAKANAN DAN MINUMAN

AMALAN
**************
PENGAMBILAN GULA YANG DISARANKAN
ADALAH SEBANYAK 25 GRAM SAHAJA SEHARI
IA BERSAMAAN DENGAN 5 CAMCA TEH SEHARI
SECARA PURATA RAKYAT MALAYSIA
MENGAMBIL 40 CAMCA TEH GULA SEHARI
GULA WUJUD DALAM SEMUA MAKANAN
ANDA PULA MAKAN SEMUA MAKANAN KAN?

AKIBAT
***************
GULA PUNCA SAKIT JANTUNG
GULA PUNCA SAKIT GOUT
GULA PUNCA UTAMA TEKANAN DARAH TINGGI

GULA ADALAH KARBOHIDRAT
KARBOHIDRAT BERLEBIHAN AKAN
MENGHASILKAN BUANGAN YANG BANYAK
YANG DIKENALI SEBAGAI RADIKAL BEBAS

GLUKOSA BAGUS
FRUKTOSA TAK BAGUS
MINUM JUS BUAH TAK SIHAT- INI FAKTA
MINUM JUS BUAH + GULA ADALAH RACUN BERGANDA
MINUM JUS BUAH BERSAMA ISINYA (SERAT) - TERBAIK
MINUM JUS BUAH JANGAN LETAK GULA
GULA PUTIH BAHAYA KERANA INDEKS GLASIMIK YANG TINGGI

MAKANAN SEMULAJADI YANG BERKOLESTROL
ADALAH KURANG DARI 10%
PUNCA PENINGKATAN KOLESTROL DALAM BADAN ANDA
KOLESTROL DALAM BADAN TINGGI BERPUNCA DARI
PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK
DAN GULA ADALAH ANTARA PUNCA UTAMANYA.

KUNING TELUR @ TELUR ITU SENDIRI ADALAH MAKANAN YANG BAGUS
OSTEOPOROSIS BERPUNCA DARI KEKURANGAN VITAMIN D
BUKAN BERPUNCA DARI KEKURANGAN KALSIUM.

SEKILAS
PERKONGSIAN ILMU DARI
DOKTOR NORMAN NORAWI
YANG SEMPAT SAYA TAIP DAN BUAT SIMPANAN SAYA
SEMOGA BERMANAFAAT BUAT SEMUA.
TERIMA KASIH SUDI BACA.

PROFILE DR NORMAN
***************
Doktor Perubatan Am dengan Pengkhususan dalam
bidang Perubatan Estetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif.
Lulusan Kasturba Medical College,Manipal ,India & Master of Aesthetic,
Anti Aging & Regenerative Medicine (MScAAARM), UCSI University.
Konsultan Perubatan Anti Aging,
Penulis Buku Kesihatan , Penceramah Kesihatan &
Kolumnis Akhbar Harian Metro.

Sunday, November 20, 2016

Gangguan versus kemurungan


Artikel sebelum ini

Seawal November 2015, saya masih lagi berteka teki dengan keadaan anak saya. Amat payah hendak berkomunikasi dengannya.

Dari luaran, kelihatannya dia tidak ada disiplin diri, tidak mahu mengambil tanggungjawab seperti menolong kerja-kerja rumah, kurang mengambil berat tentang orang-orang di sekelilingnya, tidak meluangkan masa berbual mahupun makan bersama. Dia lebih suka mengasingkan diri dan hanya terperuk di bilik.

Ada masanya dia keluar dan bersembang, topik perbincangannya lebih menjurus kepada risau dan takut terhadap sesuatu. Ada juga rasa bersalah yang tak menentu terutama bila orang bertanya kenapa tak mahu bekerja.

Wednesday, November 9, 2016

Kepentingan masa dan hidup sihat

INFO SIHAT

🍇5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🍇7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🍇9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

🍇11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🍇 1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🍇 3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🍇 5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🍇7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🍇9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

🍇11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🍇1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🍇3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.

Dipetik dari: Edaran WA.

Saturday, October 1, 2016

Jauhkan gangguan jin dan syaitan

Dalam usaha mencari penyelesaian tentang masalah gangguan makhluk halus, saya terjumpa satu video di u-tube yang menyebut tentang ayat di bawah.


Surah At-Takwir, Verse 17: وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
 And the night when it departs, (English - Shakir) via iQuran

Terjemahannya: Demi malam, apabila telah larut.

Surah At-Takwir, Verse 18: وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
And the morning when it brightens, (English - Shakir) via iQuran

Terjemahannya: Dan demi Subuh, apabila fajar telah menyingsing.

Bagaimana mengamalkannya?

1. Selawat kepada Nabi sebanyak 3 kali.
2. Baca ayat ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan untuk 5 ke 7 saat dan hembus.
3. Niatkan tauhid kpd Allah. Yakin.

Nota: Boleh juga diamalkan sebagai doa setiap lepas solat fardhu.

Friday, September 23, 2016

Jenis-jenis gangguan

Berikut adalah jenis-jenis gangguan...
  • Tuju-tuju
  • Pemisah
  • Pengasih
  • Pelaris
  • Pukau
  • Santau
  • Susuk
  • Pelalau
  • Memisahkan suami isteri
  • Melibatkan wanita
  • Melalui penggunaan objek
  • Kebal atau kehebatan diri
  • Serang akidah dan hati


Tuesday, September 13, 2016

Kepentingan air suam

BENEFITS OF WARM WATER 👉👉👉

A group of Japanese Doctors confirmed that warm water is 💯 % effective in resolving some health problems👇, including:
Headache, migraine,  high blood pressure, low blood pressure,  pain of joints, sudden increasing and decreasing of heartbeat, Epilepsy, increasing level of cholesterol, cough, bodily discomfort,  golu pain, asthma, hooping cough, blockage of veins, diseases related to uterus & urine, stomach problems, poor appetite, also all related diseases to the eyes, ear & throat.