Labels

Tuesday, March 27, 2018

Tip untuk kekal sihat

Jaga enam perkara ini untuk kekal sihat:
  • kawal stres dengan redho dan zikir.
  • buat health screening setiap tahun.
  • jaga perut - punca penyakit dari perut.
  • ambil supplement - minta nasihat doktor.
  • exercise - setiap hari.
  • tidur secukupnya - rehat minda dan badan.


Monday, March 19, 2018

Kenapa dilarang minum sambil berdiri

*8 Sebab Kenapa Anda Dilarang Untuk Minum Sambil Berdiri*

Menurut fakta saintifik:-

*#1 Risiko Penyakit Sendi*

Minum sambil berdiri boleh menggalakkan kemunculan arthritis atau penyakit radang otot. Minum secara berdiri secara tidak langsung akan menggangu kestabilan kandungan ceceair dalam badan seterusnya menjejaskan kawasan sekitar sendi dan akan menakung lebihan bendalir -menjadi punca kepada kesakitan sendi arthritis.

*#2 Kerosakan Buah Pinggang*

Pengambilan air secara berdiri akan terus mengalirkan air tersebut ke bahagian buah pinggang di mana, proses itu sebenarnya membuatkan air yag diminum itu tadi tidak dapat ditapis secara teratur.
Ia kemudian akan menyebabkan sisa kotoran di dalam air tadi terkumpul pada bahagian pundi atau dalam darah.

Saturday, February 24, 2018

Ubat-ubatan alami

Perkongsian dari WAG.
Jika ada benarnya, ambil sebagai panduan. Jika tidak, abaikan saja.

*3 JENIS IKAN INI DAPAT MENGAKTIFKAN KETUMBUHAN FIBROID DAN MENGANDUNGI TOKSID YANG TINGGI*
Elakkan 3 jenis ikan Pari, bawal hitam dan Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid. Ikan-ikan ini mengandungi toksik yang tinggi..

1 -Lukemia/amenia/teleseminis. Cari daun Kemunting Cina. Jemur & keringkan. Rebus & Minum 10 gram. Sangat Mujarab InsyaAllah

2- Darah rendah @ kanser payu dara – Amalkan makan ubi kayu (bahan lemennerin dalam ubi kayu untuk mencegah kanser )

Wednesday, January 31, 2018

Tip kekal sihat

Dipetik dari WhatsApp.

*SEKOLAH SIHAT*
.
1. *Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.*

2. *Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.*

*Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.*
*Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.*

*Banyakkan sayur dan buah buahan.*

3. *Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.*

4. *Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.*

5. *Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.*

*Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin  dan Khamis. Dua hari itu puasa.*

6. *Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.*

7. *Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.*

8. *Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.*

9. *Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.*

10. *Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.*

11. *Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.*

12. *Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.*

13. *Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.*

Monday, January 29, 2018

Bahana media sosial

Dari kumpulan whatsapp.

Polis: Bagaimana anda mengetahui bahawa tidak ada seorang pun di dalam rumah?
Perompak: Kemas kini seluruh keluarga dengan 15 foto boleh didapati di facebook. "Menikmati Cuti dari rumah selama satu minggu". 

Fikirkanlah dengan serius.

Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di facebook/media sosial.

Saturday, January 6, 2018

Hak sebagai seorang OKU


Sudah lama saya tidak mengambil tahu tentang "Convention of Rights for People with Disabilities" atau CRPD. Secara tidak sengaja, saya telah menyertai satu taklimat berkaitan hal ini dan ia seolah-olah membuka mata saya.


Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang OKU.
Sebagai pemberi jagaan atau ibubapa, anda juga perlu tahu hak-hak OKU yang di bawah jagaan anda.

Siapakah OKU?


Thursday, January 4, 2018

Petua kekal sihat 2018

Dipetik dari mesej WhatsApp.
*******
[PESANAN KITA SENTIASA SIHAT DI TAHUN 2018]

Sekedar nak mengingati kawan kawan ;
1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) **

Tuesday, December 26, 2017

Kenapa tak makan banyak tapi berat naik

Dipetik dari kumpulan WhatsApp.


NAK CONTROL SUPAYA BERAT TAK NAIK

Fahami pasal perkara ini dan cuba jaga... iaitu Nafsu Makan...

65% enzyme tubuh badan ni adalah pada emosi dan nafsu.
kekadang kita tak makan byk pun tapi berat badan kian naik,

Wednesday, December 20, 2017

Pelbagai tanda-tanda berpenyakit

Maklumat ini dipetik dari WhatsApp.


*SAKIT DI BAHAGIAN BAHU*
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN*
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

*SAKIT TAPAK KAKI*
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Friday, December 15, 2017

Penyakit berpunca dari hati

Perkongsian dari Whatsapp.

Bismillahirrahmanirrahim..
Penemuan terbaru di Bidang Perubatan

" Seorang Professor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan  penyakit rohani:

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kesalahan pola makan, tetapi *lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan yang tidak terkawal.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi setiap hari.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi  rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.