Labels

Sunday, April 13, 2008

Apa yang terdaya

Surah Al Baqarah: Dua ayat terakhir

Ayat 285:

Lebih kurang bahasa Arabnya bermula begini: Aamanarrasuulu bimaa unzila ilaih…

Terjemahannya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya.” Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.”





Ayat 286:

Bahasa Arabnya bermula begini: Laa yukallifullahu nafsan illa wus ‘aha…

Terjemahannya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Fadhilat mengamalkan ayat-ayat ini: (baca selepas solat fardhu)
1. untuk perlindungan dari segala kejahatan.
2. untuk memohon agar dikabulkan.

Personal comment:

Dulu masa di MRSM, kalau solat jemaah kat surau, ustaz mesti baca ayat ni sebelum doa. Somehow saya sudah hafal. But then, baru sekarang terfikir nak tengok maknanya.

Saya sangat tersentuh dengan ayat ini, terutama ayat yang terakhir itu (ayat 286). Maksudnya di sini jelas bahawa sesuatu ujian yang Tuhan turunkan kepada seseorang itu adalah sesuai dengan kemampuan individu itu untuk mengatasinya. Tuhan itu maha mengetahui tentang makhlukNya, ujian yang diberiNya juga berpatutan dengan keupayaan kita. Kita haruslah menganggap ujian / musibah itu sebagai memberi peluang kepada kita untuk menambah pahala dan meleburkan dosa-dosa kita yang lampau.

Bacalah setiap kali selepas solat fardhu. Insya Allah anda akan lebih berkeyakinan dan kuat semangat untuk mendepani kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.