Di sini diperturunkan sedikit maklumat tentang Institut Nury yang diasaskan oleh Dato' Dr Noor Laily binti Dato' Abu Bakar.
Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-Kanak NURY ditubuhkan pada tahun 1984 bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibubapa dalam membentuk anak-anak yang cemerlang. Institut ini sudah melatih ribuan ibubapa, bakal-bakal ibubapa dan pendidik di Malaysia dan Singapura.
Program yang diasas dari program Dr Glenn Doman dari Institute for the Achievement of Human Potential Philadelphia USA, memfokus dalam menjana kecemerlangan anak serta memulihkan anak istimewa. Program bersepadu ini merangkumi pembangunan bayi sejak dari dalam rahim ibu hinggalah anak itu besar.
Kursus yang disediakan amat sesuai untuk :
- Ibu bapa,
- Bakal ibu bapa,
- Pengusaha taska dan tadika, pusat asuhan,
- Jurulatih anak-anak istimewa,
- Guru-guru,
- Penjaga kepada anak-anak istimewa.
- Sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu dalam mendidik serta membentuk anak-anak yang cemerlang.
Secara peribadi, saya berpendapat program ini haruslah diwajibkan kepada semua bakal pengantin dan ibubapa. Ilmu yang dicurahkan amat berguna sepanjang hayat.
Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang konsep "kecederaan otak". Otaklah yang membezakan makhluk yang bernama manusia dengan makhluk lain. Di situlah terletaknya pusat pembentukan kecemerlangan seseorang itu. Kajian oleh pakar-pakar pemikiran juga mengatakan bahawa 95% daripada kematangan otak bermula sejak enam tahun lagi.
Oleh kerana tahap kecederaan otak setiap orang adalah berbeza, program Nury menyediakan langkah-langkah untuk kita mengenalpasti kecederaan otak, melakukan pembaikan, merangsang, menyuburkan dan mengembangkan potensi otak itu sendiri.
Jangan berlengah lagi, pastikan anda faham fungsi otak.
Rujukan:
http://groups.yahoo.com/group/nury/
Http://www.iahp.org/
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.