Labels

Saturday, November 14, 2015

Berkatkah hartaku?

Dari program Prof Muhaya Dot Com di TV Al-Hijrah, Prof mengatakan tentang antara tanda-tanda berkatnya harta kita adalah...

Dengan harta itu, pemiliknya makin dekat kepada Allah.
Harta hanyalah sebagai ALAT untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Harta yang berkat, walaupun sedikit tapi banyak munafaat kepada waris.

Kisah waris bergaduh disebabkan tidak puas hati dengan pembahagian harta telah dikemukakan dalam Prof Muhaya Dot Com kali ini. Jadi si penyoal bertanya, apa yang perlu dia lakukan? Beginilah lebih kurang jawapan Prof Muhaya:

1. Berlapang dada dengan apa yang diterima. 

Bersyukur kerana harta pusaka itu sudah dapat free (percuma). Tak perlu bayar apa-apa pun. Anggaplah ia sebagai hadiah dari si pemberi tanda kasih sayangnya.

2. Jangan putuskan silaturahim adik beradik.

Beri kasih sayang kepada tanpa henti. Jangan putuskan hubungan kekeluargaan kerana itu lebih penting dari harta dunia.

Memahami konsep Faraid

Ramai yang pelik, kenapa dalam Faraid, perempuan dapat satu bahagian, manakala lelaki dapat dua bahagian.Soalan yang biasa kita dengar, bukan?

Mufti Ismail Menk dalam satu program memberikan contoh.

Katalah, simati tinggalkan hartanya bernilai 75 juta.
Simati ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jadi, yang lelaki dapat 50 juta, dan yang perempuan dapat 25 juta lah!!

Apa yang tersirat?

Yang perempuan, dapat 25 juta, bersih, hanya untuk dirinya sendiri. Purely, exclusively for her. Tak perlu kongsi dengan sesiapapun..

Yang lelaki dapat 50 juta. tetapi jumlah ini dia kena bahagi pula ikut tanggungjawabnya - semua orang yang di bawah tanggungannya. Ini termasuklah untuk isteri-isteri, anak-anak, mak (jika masih ada) dan juga saudara perempuannya. Maknanya di sini pun, masih ada lagi bahagian untuk saudara perempuannya yang seorang itu.

MashaAllah!!! Begitulah sayangnya Allah kepada perempuan. Islam sudah menetapkan begitu, tapi yang tidak faham ataupun menyeleweng dari perintah Allah, adalah kita, manusia yang sentiasa terlalai/terlupa atau tergoda dengan bisikan syaitan.

Ada pulak yang kata.
OK, kalau begitu sekarang saya sokong Faraid!. 

Bukan begitu. 
Kaedah Faraid bukanlah satu-satunya kaedah dalam pembahagian harta. Sekiranya bermusyawarah dan bermuafakat untuk capai persetujuan dengan cara yang lebih mudah, sudah tentu ia lebih baik dari Faraid. Cara itu lebih diplomatik dengan membuktikan kesatuan hati sesama adik beradik.


Mari muhasabah diri kita...Berkatkah hartaku?

Contoh di sini.
Saya kepilkan peta tanah yang saya warisi dari Bapak. Di sinilah saya membesar, penuh memori zaman kanak-kanak sebelum masuk asrama. Di rumah inilah saya kenal tentang hidup di kampung, kerana berjiran dengan saudara sepupu, dua pupu. Tak perlu pagar yang tinggi, semua yang tinggal di sini adalah adik beradik belaka. Kalau bersoreh, mesti tahu susur galur "relationship"nya.

Lokasinya yang strategik (terletak di tepi jalan besar), sudah tentu menjadikannya satu aset yang bernilai tinggi. Sekarang, ia hanya terbiar. Rumah sudah buruk, tidak boleh diduduki lagi.

Banyak perancangan bermain di minda namun masih belum tahu di mana mencari dana. Yang penting, satu hari nanti, tanah ini akan mendatangkan pendapatan sampingan. 





No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.