Labels

Sunday, November 8, 2015

Kw vs jenama X


Salah satu jenama air yang sedang meningkat naik ketika ini telah dibandingkan dengan KW. untuk memudahkan pemahaman, kita namakan jenama tersebut sebagai X. Berikut beberapa butiran mengenainya. 

1. air yang dihasilkan.

KW  menghasilkan 5 jenis air berbanding dengan jenama X.
Jenama X hanya menghasilkan 2 jenis air iaitu air bersih dan air alkali.
KW menghasilkan pH 2.5 (antiseptik), pH 6.0 (beauty water), pH 8.5 ke  9.5 (untuk minum), pH 11.5 (untuk penyucian).Dengan itu, penggunaan air dari mesin KW lebih menyeluruh. 

2. harga mesin.

Harga mesin berjenama X lebih kurang sama dengan mesin KW model JR11. 

3. ketahanan pH, antioksida dan mikrokluster.

Air jenama X hanya bertahan selama 2 ke 3 minit sahaja. Jadi, air tersebut mestilah diminum sebaik saja dihasilkan. Ciri-ciri antioksida dan mikroklusternya juga tidak dapat dipastikan kewujudannya.

Berbeza dengan KW. Ciri ketahanan antioksida dan "mikrokluster"nya selama 1 ke 2 hari. Ketahanan pH pula boleh menjangkau 6 bulan jika disimpan baik-baik.

4. keperluan "after sales service".

Mesin X memerlukan "after sales service" bagi menggantikan penapis 5 sistem itu,
KW tidak perlu penyenggaraan atau "manual cleaning", sudah ada fungsi "auto-cleaning" yang secara berkala.

5. Mobiliti.

Berat mesin X adalah 22kg. Mesin KW hanya 5kg. Dengan K8, makin ringan dan memudahkan digerakkan ke merata tempat.

6. Penggunaan kuasa elektrik.

Jenama X memerlukan 3300W kerana ia menggunakan pemanas "heater" sebagai alat komponennya.
Berbza dengan KW yang menggunakan proses elektrolisis yang tidak memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang besar.

Begitulah serba sedikit maklumat tentang mesin penghasilan air. Tidak semua air itu sama, jadi carilah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.