Trampolin adalah peralatan terapi yang baik. Sering kali kita lihat kanak-kanak riang melompat bergembira di atas trampolin. Mereka memang menyukainya.
Tapi tahukah anda,melompat bukan satu aktiviti yang menggembirakan bagi kebanyakan kanak-kanak autisme dan sensory processing disorder.
Oleh itu trampolin adalah alat terapi yang baik untuk mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai masalah pada sistem vestibular dan sistem proprioception.
Sistem vestibular penting untuk keseimbangan badan semasa bergerak dan terletak di dalam gegendang telinga. Mengawal keseimbangan semasa kepala bergerak dan perlu dikoordinasikan dengan pergerakan tubuh.
Manakala sistem proprioception adalah deria kepada sendi, otot dan ligamen semasa bergerak. Deria ini penting untuk kita bergerak, berjalan,melompat, berlari dan jatuh.
Ini menerangkan mengapa kebanyakan kanak-kanak autisme sering berjalan dengan keadaan pelik dan mudah jatuh serta menerangkan mengapa mereka suka berbaring!.
✔Tip untuk kanak-kanak agak aktif.
Dapatkan trampolin dan minta anak-anak melompat supaya tenaga yang ada di tubuh badan mereka boleh di alirkan melalui melompat. Aktiviti boleh juga mengurangkan kehyper-aktifan anak anda.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.