Labels

Monday, March 7, 2016

Berdepan dengan masalah kemurungan


Terlalu banyak stigma tentang KEMURUNGAN.

Dalam bahasa Inggeris, penyakit ini lebih dikenali sebagai "depression".

Dalam masyarakat Asia, perkataan "kemurungan" ini selalu disalahguna sehingga penderitanya menjadi MALU dan TAKUT untuk mengakui mahupun memberitahu orang lain bahawa dia sedang mengalami masalah. Sakit ini pula tidak nampak lukanya, tampaknya seolah-olah malas, mengada-ngada, terlebih manja atau pendiam dan suka menyendiri.

Yang lebih dahsyat lagi apabila dilabelkan sebagai pesakit mental. Si penderita menjadi takut dianggap gila, membahayakan orang lain mahupun kurang pegangan agamanya sehingga sanggup membunuh diri.

Begitulah...betapa kurangnya ilmu dalam masyarakat kita tentang ini.



Amat menyedihkan, kita lebih suka menghukum orang lain yang tidak serupa dengan cara kita. Seterusnya menjauhi mereka yang menderita dalam diam, cuba berjuang dengan diri sendiri. Penyakit itu boleh menjadi bertambah parah dan amat sukar untuk disembuhkan.

Pengalaman saya sendiri, mengajar saya untuk lebih memahami orang lain dengan lebih dekat. Penyakit ini bukan datang dalam sehari dua, tetapi bertahun-tahun. Datang tanpa diduga, tanpa diminta, tidak kira peringkat umur dan boleh merosakkan fizikal, mental dan spiritual.

Lihat artikel berikut tentang bagaimana Islam memandang penyakit ini.
Depression - Islamic view

Baca artikel seterusnya

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.