Labels

Saturday, March 19, 2016

Urus wang dengan bijaksana




Bagaimana uruskan kewangan saya?

Untuk yang baru masuk alam pekerjaan?

Untuk yang baru berumahtangga?

Bagaimana yang berkeluarga?







Syukur pada Allah sudah dapat kerja. Atau mencipta sumber pendapatan sendiri.
Jadilah orang yang bijak mengurus wang. Kata orang dulu-dulu, beringat semasa ada.



1. Dalam menguruskan wang masuk kita, amat perlu untuk bertanya kembali pada diri sendiri; untuk apakah ringgit ini? Untuk:

a) keperluan (necessity) - bahagikan ikut keperluan dengan adil.

atau

b) kemahuan (nice-to-have) - ini lebih kepada nafsu membeli. Maklumlah bila sudah ada wang di tangan, semua nak. Sudah tentu lagi cantik, lagi mahallah.

2. Disiplin juga penting dalam mengurus wang kita. Sediakan satu buku catatan untuk merekod setiap perbelanjaan kita setiap hari. Di hujung bulan, buat analisa tentang apa yang kita belanjakan. Sila rujuk di bawah.




Kesilapan-kesilapan dalam mengurus wang sendiri

Bila dapat gaji, terus pikir apa nak beli. Bermakna terus nak gunakan wang itu untuk BELANJA.Sepatutnya kita harus berhenti dulu, dan rancang untuk simpanan dulu.

Lagi satu kesilapan yang banyak terjadi adalah bila berhutang untuk membeli. Menggunakan kad kredit boleh memakan diri. Lihat kemampuan melunaskan hutang dulu sebelum membeli. Elakkan berhutang langsung adalah yang terbaik.



Di bawah ini beberapa contoh bagaimana membahagikan wang kita mengikut keperluan.






Basic rule yang kita perlu buat adalah perancangan peratus untuk setiap keperluan.


  • 10% dari gaji mesti diketepikan untuk simpanan peribadi. Ini mesti diletakkan sebagai prioriti/keutamaan nombor satu. Simpanan dalam akaun ini tidak boleh diusik langsung. Biarkan terus dipindahkan dari majikan ke dalam satu akaun. Di sini, "compounding effect" akan membiakkan wang itu dalam jangkamasa panjang (10 tahun).



  • 10% dari gaji juga eloklah diniatkan untuk sedekah - terutama kepada ibubapa atau sesiapa yang banyak berjasa hingga kita mencapai usia dewasa. Makin berkat kerja kita bila melunaskan tuntutan MEMBERI ini.



  • 10% amat bagus juga diketepikan sejumlah wang untuk simpanan jangka pendek dan perlindungan diri kita. Ini amat perlu untuk yang sudah ada tanggungan. Perlindungan ini bermaksud jika ditakdirkan kita meninggal dunia, adalah sedikit simpanan yang boleh di beri kepada waris. Jangan biarkan keluarga kita ditinggalkan dalam keadaan meminta-minta.



  • 30% dari gaji untuk keperluan harian seperti makan minum dan pakaian.



  • 30% lagi dari gaji untuk keperluan kehidupan seperti kenderaan, sewa rumah.



  • Baki dari gaji itu, barulah untuk belanja kawan-kawan, minat/hobi atau apa-apa aktiviti lain. Untuk pergi vacation, adalah lebih baik dikumpul sedikit demi sedikit setiap bulan hingga mencecah jumlah besar (target) kita.



Bagaimana kalau saya seorang usahawan yang income tidak tetap?

Panduan yang sama masih boleh digunakan, mungkin mengikut musim. Masa durian runtuh, masih gunakan peratusan yang serupa.


Panduan mudah membuat analisa tentang ke mana wang kita pergi.

1. Seperti yang saya katakan di atas, berdisiplin lah untuk menulis apa yang kita belanjakan setiap hari.

2. Kemudian di hujung bulan, buat spreadsheet untuk men"kategori"kan jenis-jenis perbelanjaan kita. Contoh kategori yang boleh digunakan - rumah, makanan, pakaian, petrol (pengangkutan), tol, parking, tuition anak, takaful, derma/sedekah, hire purchase kereta, pinjaman beli rumah dan lain-lain.

3. Buat sedikit analisa tentang di kategori mana wang kita digunakan? Jika perlu berubah, ubahlah cara perbelanjaan kita. Belajar untuk berubah kepada yang lebih baik.

4. Buat analisa ini dalam satu Sheet baru dengan kategori besar yang boleh merangkum kategori-katgori kecil tadi. Kategori besar yang perlu ada:

a) wang masuk (tuliskan amaun yang diperolehi)

- dari majikan,
- dari customer bulan
- sumber lain.

b) wang keluar (di sini lah perbelanjaan) di mana kategori kecil dikumpulkan dalam :

b) -1 insuran atau takaful
b) -2 sewa rumah, kenderaan hire purchase
b) -3 keperluan asas seperti kos topup HP, bayaran bil rumah, astro dll.
b) -4 keperluan hidup seperti makan minum, pakaian, repair kereta atau rumah, minyak kereta, sakit (medical), belanja anak sekolah dll.
b) -5 Lain-lain: apa saja yan gtidak termasu dari kategori di atas. Contohnya melancong, sedekah, beli hadiah harijadi, belanja kawan-kawan, buat facial/saloon dsb.

Adakan satu sub-total untuk setiap kategori. cantik juga jika dibuat satu kolum untuk menunjukkan peratus yang dibelanjakan dari jumlah wang masuk.

5. Akhir sekali, wang masuk tolak wang keluar dan kita dapat status urus wang kita.

6. Ubah jika perlu. Dari situ, kita boleh memperbaiki cara kita berbelanja.

Begitulah sedikit sebanyak tip dalam mengurus wang.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.