Labels

Tuesday, March 15, 2016

Syukur dengan apa yang ada

Syukur...setiap apa yg ALLAH beri pada kita.
Jangan banding dengan apa orang lain dapat.
Jangan rasa kita dapat lebih baik dari orang lain.
Lihat pada orang yang tidak ada.
Lebih susah dari kita.
Lebih teruk dari kita.



Syukur...
Dilahirkan dari berjuta benih.
Disatukan menjadi janin dan membesar
Sehingga dilahirkan.
Rezeki makan minum
Belajar dan lulus di universiti
Punya ibubapa yang masih mampu bekerja, sihat.

Hidup adalah jambatan.
Allah tidak melihat di mana kita bermula, tapi bagaimana usaha ke arah akhir kita.

Buatlah target roadmap kita.
By 30yo.
By 40yo.
By 50yo.
By 60yo.
Bonus kalau umur melepasi 70yo.

Prioriti dalam hidup kita. Sejahterakan. Bahagiakan. Makmurkan.

1. Diri sendiri.
2. Belum kawin, ibubapa.
3. Sudah kawin, suami.
4. Adik beradik.
5. Saudara mara.
6. Jiran.
7. Seluruh umat dunia.
8. Binatang, pokok2 semuanya.



BERSYUKURLAH
===============

 Kita hidup digunung, merindukan pantai.
 Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian.
 Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. 
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. 
Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi 
kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? 
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun.
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..
Amiin

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.