Labels

Monday, March 23, 2015

Sifat alkali pada susu kambing


Kenapa Rasulullah sunnahkan susu kambing?

Jawapannya kerana susu kambing alkali, manakala susu lembu bersifat asidik.

MashaAllah!!

Lihat disini: Hi Goat susu kambing

Sunday, March 22, 2015

The Shinya's Golden Keys to Good Health


Sambungan dari artikel sebelum ini.....

KENAPA BAHAN-BAHAN INI TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?

1. ANIMAL-BASED PRODUCTS
- sumber seperti daging merah mengandungi kolesterol, lemak binatang, kurang dietary fiber.
- dairy products contains excessive female hormones.
- ikan di lautan terdedah dengan pencemaran, tuna umpamanya, mengandungi mercury (raksa).

Berbanding dengan PLANT-BASED PRODUCTS..
- membantu dalam membersihkan usus besar (colon cleansing).
- meningkatkan DETOX process.

2. REFINED GRAINS
- sumber beras putih menyebabkan diabetes.

3. AIR PILI
- sudah teroksida kerana ditambah klorin. Dengan itu, banyak free radicals.

4. PROSES OKSIDASI (OXIDATION)
- satu proses yang me menghasilkan free radicals.
- daily stress, smoking, dan aktiviti harian kita melalui proses Oksidasi ini.
- kesannya kita menjadi tua. proses penuaan.

5. ANTIBIOTIK
- menghasilkan bakteria yang lebih tahan lasak. Sudah terbiasa dengan antibiotik yang diberi.



EATING RIGHT

Mana mungkin kita mendapat semuanya sekali dengan satu jenis makanan saja. Sekurang-kurangnya kita harus memasukkan unsur2 berikut ke dalam diet kita.


GROUP A - water and enzymes
...kerana kedua-dua unsur ini membantu to breakdown the nutrients yang kita makan.

GROUP B - minerals and vitamins
...contoh...Ca untuk tulang.

GROUP C - phytochemicals and dietary fibers
....eliminate stools without residues in the colon,
...enchances the DETOX process,
....eg. coffee enema.






The SHINYA GOLDEN KEYS TO GOOD HEALTH

1. GOOD DIET
  • 85 - 90% plant-based
  • 10 - 15%a animal-based
  • add - bee pollen, herbal tea, multi vitamins, brewers yeast.
  • avoid - dairy, coffee, jap tea, chinese tea, english tea, sweets and sugar, alcohol, chocolate, fat and oils, table salt.
Other recommendations:
  • berhenti makan dan minum 4 - 5 jam sebelum tidur,
  • kunyah lumat setiap suapan sebanyak 30- 50 kali.
  • jangan makan antara waktu makan, kalau perlu hanya buah-buahan.
  • makan buah dan jus buah 30 -60 minit  sebelum makan.
  • makan whole, unrefined grains and cereals.
  • makan makanan yang segar (tanpa dimasak) atau kukus sekejap. Makanan yang panas melebihi 118 degrees mematikan enzim.
  • jangan makan makanan yang sudah teroksida.
  • makan makanan fermented (eg. tempe).
  • berdisplin dalam pemakanan, anda adalah apa yang anda makan.
  • berhenti sebelum merasa kenyang. Perut hanya memberitahu "aku sudah kenyang" selepas 20 minit ia diisi penuh.

2. GOOD WATER
  • which contains antioxidant, replace dirty bodily fluid.
  • minum 6 - 10 gelas air sehari.
  • selepas bangun dari tidur, minum 1 - 3 cawan air.
  • 1 jam sebelum makan, minum 2 - 3 cawan air.

3. REGULAR ELIMINATION
  • make a habit to eliminate regularly.
  • do not take laxatives.
  • to detoxify liver, use coffee enema.

4. MODERATE EXERCISE
  • buat latihan mengikut kemampuan dan umur kita.
  • 30 min sekurang2nya sehari.
  • eg. berjalan kaki, yoga, aerobics.

5.  ADEQUATE REST
  • go to bed at the same time, every night.
  • get 6 to 8 hours of sleep
  • jangan makan atau minum 4 ke 5 jam sebelum tidur. 
  • di siang hari, tidur sekejap (30 min) selepas lunch.

6. BREATHING AND MEDITATION
  • practise meditation,
  • practise positive thinking,
  • buat deep breathing untuk 4 ke 5 kali dalam sejam. DEEP BREATHNG helps to rid the body toxins and free radicals. The EXHALE should be twice as long as INHALE.
  • pakai pakaian yang longgar supaya tidak mengganggu pernafasan.
  • listen to your own body and be good to yourself.

7. JOY AND LOVE
  • joy and love boost your body's enzyme factor miraculously.
  • take time every day for an attittude appreciation.
  • laugh.
  • sing.
  • dance.
  • live passionately and engage your life, your work and your loved ones with your full heart.
Ada yang perlu kita ubah untuk sihat. 
Bila sihat, kita boleh tunaikan kewajipan untuk Tuhan dan manusia di sekeliling kita dengan lebih sempurna.


Friday, March 20, 2015

Buku: The Rejuvenation Enzyme

Penulis: Hiromi Shinya, MD.
Chief of the surgical endoscopy unit, Beth Israel Medical Center.
Clinical Professor of surgery, Albert Einstein College of Medicine.

Seronok dan mengejutkan bila membaca buku ini. 

Seronok kerana dapat ilmu baru.

Mengejutkan kerana apa yang kita selalu makan bukanlah yang terbaik.

Di bawah ini saya kumpulkan intipati ilmu yang saya pelajari dari buku ini. Saya hanya akan memasukkan point penting saja. kalau nak tahu in detail, bolehlah baca sendiri.

Maaf juga. saya gunakan bahasa yang bercampur2, kerana nak get the message across.





SETIAP KITA PASTI ADA MERASA :

- OVERWEIGHT,
- BADAN LEMAH,
- MENGHIDAP PENYAKIT,
- DARI SEGI DALAMAN PULA, MALNOURISHED.


APA MASALAH UTAMA DIET KITA (WALAUPUN KITA DAH CUKUP MAKAN MINUM)? 

1. diet  kebiasaan kita....
  • adalah tidak sihat..
  • banyak animal-based products di dalam diet kita
  • banyak refined grains
  • namun semua ini, tidak membantu fizikal kita mendapatzat-zat yang diperlukan untuk tubuh badan kita.

2. Apa yang kurang dalam diet kita....
  • air yang baik, dan enzim-enzim yang membantu memecahkan nutrien kepada komponene yang lebih halus,
  • mineral dan vitamin,
  • phytochemicals and dietary fibers.

Dr Shinya menegaskan yang "HUNGER IS HEALTHY". Bila kita overweight, bermakna sel-sel dalam badan kita hanya dormant, tidak digunakan, yang akhirnya menjadi lemak dsb - macam2 bahaya mendatang, antaranya metabolic disorders berlaku, heart disease and juga cancer. 

Ini kerana diet yang kita ambil, bukan membantu menyihatkan badan, tetapi menjadi RACUN pula kepada badan kita. 


The SHINYA LITTLE FAST

Dr Shinya telah memperkenalkan puasa kecil mengikut caranya. Tujuan LITTLE FAST ini adalah untuk "re-invigorate your cells". Lebih kurang maksudnya, bila kita trigger LAPAR, proses re-cycling mechanism to clean up old and damaged cells will begin. In other words,  the body has the ability to re-generate cells during starvation. Cells are detoxified and energized simultaneously.

Puasa sepert yang kita tahu, telah dilakukan dari zaman berzaman. Ada sahabat Nabi yang berpuasa 1 hari dan 3 hari seminggu. Mengikut kemampuan masing2.


CARANYA:

9pm - makan malam terakhir (last meal). Kalau rasa lapar, minum air KW.

Esok paginya....

8am - sebelum makan, minum air KW 500 - 750 ml. Sarapan hanya dengan buah-buahan yang tidak perlu dimasak. Minum lagi KW sampai lunch.

12pm - makan macam biasa.

Dengan ini, sehingga 12pm, kita sudah buat LITTLE FAST untuk 15 jam (keadaan STARVATION). Dalam masa itu, badan kita sudah re-generate cells to become productive cells. Sel-sel lemak akan terbakar. DETOXIFICATION juga berjalan dalam masa yang sama.


Tonton video di bawah ini tetang diet dan hubungkaitnya dengan usus besar kita:

Watch "Dr. Hiromi Shinya - Kangen Water Diet and Colon Health" on YouTube - Dr. Hiromi Shinya - Kangen Water Diet and Colon Health: https://youtu.be/QUa5tUIigHU


Tunggu bahagian kedua tentang "The Shinya's Golden Keys to Good Health"
















Thursday, March 19, 2015

Cara minum



Apabila kita baru bermula sesuatu yang baru, perlulah perlahan-lahan, Jangan terus terjun saja.
Tambah-tambah yang melibatkan badan kita.

Di sini saya kepilkan anjuran cara minum air Kangen ini.

Mulakan dengan pH 8.5.

Cuba sebotol dua dulu untuk seminggu dua. Lebih banyak kita minum lebih bagus. Nak senang, tukarkan saja masa minum air masak tu dengan air kangen.

Apabila berasa selesa dengan pH 8.5, tukar pula ke ph 9.0 untuk seminggu dua lagi.
Hingga mencapai pH 9.5.

Untuk minum hari-hari, pH 9.5 sudah cukup bagus.


Wednesday, March 18, 2015

Apa ada dengan air?





Betapa selama ini aku tidak tahu
Bahawa  air yang amat penting untuk badan kita
Mengandungi bermacam kisah

Kita dimomokkan dengan pelbagai isu air
Namun selamatkah air kita?
Yang datang dari pili
Yang dibeli dalam botol air mineral itu

Pencemaran
Bahan kimia merbahaya
Klorin
Florida
Lead poisoning
Racun serangga

Pelbagai penyakit juga menular melalui air
Hepatitis
Typhoid
Desentery
Flu

Begitu juga dengan pelbagai toileteries berjenama yang kita guna
mengalir bersama air
antibiotik
antidepressants
painkillers
antiseptics
shampoo

Aduhai....terlalu banyak, 
hingga menyesakkan dadaku.



"THE QUANTITY AND QUALITY OF THE WATER WE DRINK DETERMINES THE QUALITY OF OUR CELLS, THE PERFORMANCE OF OUR BODILY FUNCTIONS, AND OUR RESISTANCE TO DISEASE."

Extracted from this book .



WHAT IS DEHYDRATION?

When our body does not get enough water, it tries to conserve the moisture used for other body processes.


SYMPTOMS of DEHYDRATION

  • headahes
  • premenstrual problems
  • during pregnancy - morning sickness
  • acne
  • constipation
  • dry and itchy skin
  • foul breath
  • urinary track infection (UTI)
  • constant sneezing, pressure, dry, unproductive coughs
Notee : coffee and alcohol dehydrates the body.






Wednesday, January 14, 2015

Tazkirah untuk wanita

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

• Allah akan sibukkan kita dengan harta.

• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita?

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam untuk solat tahajjud?

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Allah HuAkhbar!!!!!!



Saturday, January 10, 2015

Latihan berjalan



Azam tahun baru 2015, berjalan di shopping mall untuk ber"exercise".
Sambil berjalan, dapat juga memerhatikan kedai-kedai sekeliling.
Kadang-kadang kena tutup mata dan teruskan berjalan.
Pada saya, amatlah mendera rasa nak shopping terutama ketika ada jualan murah!!

Wednesday, December 17, 2014

Teringin main

Dah lama tak main ni...sekali sekala datang minat nak main balik.
Apa-apalah, asalkan bahagia.

Friday, November 14, 2014

Suasana kampung

Kami ke Huda's Haven di Ulu Rening, ada family gathering di situ.
Terasa suasana kampung disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat di kampung, contohnya memancing dan mandi sungai.





Balqis bermain basikal.

Thursday, August 14, 2014

Ulangtahun ke 15

Sudah 15 tahun usia anak istimewaku ini
Sudah 15 tahun jugalah menjaganya selayaknya
Sudah 15 tahun jugalah mengharung detik-detik kehidupan
Mencuba untuk menyesuaikan diri
Dengan takdirku ini

Tiada lagi menaruh harapan yang menggunung.
Tiada lagi menanti impian yang tidak kunjung tiba
Tiada lagi keluh kesah yang tiada penghujung

Biarlah redho seredho-redhonya
Terimalah dia seadanya
Terima dengan hati yang lapang dan fikiran terbuka

Syukurlah!
Selagi dia sihat dan ceria, itu sudah cukup untukku

Di hari ulangtahun kali ini
Kebetulan ramai kakak dan sepupunya yang datang
Dikelilingi wajah-wajah yang menghias kehidupannya
Happylah dia!!