Labels

Tuesday, August 15, 2017

Tip mendidik anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Wednesday, August 9, 2017

Bahana saka

Berikut saya kongsikan satu petikan tentang saka. Harap dapat membantu meningkatkan kefahaman kita tentang hal ini.
*********************
Tanda-Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka…

GEJALA PADA WAKTU TIDUR:

* Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
* Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.

Monday, July 31, 2017

Petua mudah

Perkongsian melalui WhatsApp.

*4 PENGETAHUAN AM* yg wajar dikongsi:

1. Tersedak makanan,
2. Salah bantal,
3. Cramp kaki,
4. Kaki semut2 @ kebas

_InsyaAllah pengetahuan ini berguna utk kita menolong orang lain_

Tuesday, July 25, 2017

Produk berasaskan daun bidara

Banyak syarikat yang mempronosi barangan berasaskan daun bidara. Kesedaran tentang penggunaan daun bidara juga telah meningkat di kalangan ahli masyarakat.

Khasiat daun bidara

1. Menghalang gangguan makhluk halus
2.Memandikan Jenazah
3. Penguatkan Rambut
4. Menghilangkan Jerawat
5. Menghilangkan Bau Darah Bekas Haid
6. Bahan makanan dan minuman
7. Menyembuhkan sakit kulit dan terbakar
8. Bahan Kosmetik
9. Masalah kulit basah membentuk bakteria dpt di keringkn dgn pati bidara

Saturday, July 22, 2017

Kisah pengakhiran dua beradik

Kisah yang sangat menyayat hati. 
Siapa juga pun mendengarnya tentu terpalit rasa sayu yang amat sangat.

Kejadian yang mengejutkan.
Rumah mereka terbakar, bermula api dari ruang tamu bawah kabarnya. Mungkin juga disebabkan rumah itu yang sudah dihuni selama lebih 40 tahun itu, sudah uzur "wiring" nya.

Tuesday, July 11, 2017

Apa itu pemikiran negatif?



Cuba perhatikan apa yang kita cakapkan hari-hari, adakah tanda-tanda bermula dari pemikiran negatif?
* Disebabkan dialah, disebabkan tempat inilah, disebabkan merekalah, saya jadi begini.
* Saya buat bisnes kecil-kecilan saja.
* Tunggu simpanan saya cukup, baru kita boleh melancong dan membeli belah.
* Selagi awak tak capai pendapatan lima angka, jangan datang ke sini.
* Bos saya sangat garang, mungkin dia tidak sukakan saya dan saya akan dibuang kerja sedikit masa lagi.
* Hati-hati berjalan di kawasan itu, saya dengar ada banyak kes bunuh terjadi di situ.
* Saya takut kerugian.


Tuesday, July 4, 2017

Langkah awal menangani strok

Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya.


Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang terkena stroke.

Cara ini merupakan kaedah penyembuhan melalui "Pelepasan Darah". Tujuannya untuk menolong si pesakit agar stroke itu tidak 'fatal'. Bahkan dipastikan hampir tidak ada kesan sampingan.

Perlu diketahui, orang yang terkena stroke, pembuluh darah di bahagian otak lambat laun akan menuju ke proses perpecahan. Bila menghadapi keadaan demikian, jangan panik ... jangan sekali panik.

Tuesday, June 27, 2017

Jemputan istimewa di Hari Raya


Kami diperkenalkan dengan Elizabeth untuk mencuba sessi Sound Therapy.
Oleh kerana tiga sessi percubaan itu dilakukan semasa bulan puasa, kami telah menjemput Elizabeth merasai sambutan Hari Raya bersama kami.

Apa itu "sound therapy"?

Sesuatu yang baru bagi saya juga. Dari apa yang diceritakannya, setiap zarah di dalam badan kita ada getarannya yang tersendiri. Bunyi pula dihasilkan dan mempunyai getaran tersendiri juga. Getaran bunyi luaran ini, akan membantu merangsang sel-sel badan termasuk sel-sel otak.

Saturday, May 27, 2017

Berpuasa untuk mendapatkan tenaga

Dulu masa kecil saya beranggapan perlu makan banyak untuk mendapat tenaga. 

Jadi bila berbuka dan sahur banyak masa digunakan untuk membantu emak menyediakan makanan dan banyak juga masa untuk makan.

Rupanya untuk kekal bertenaga, sihat dan bersemangat, kita perlu banyak minum air. Makan ala kadar dengan kurma, susu, mentega, bubur barli.

Wednesday, April 12, 2017

Amalan yang merosakkan buah pinggang

*10 Tabiat Harian Ini Boleh Merosakkan Buah Pinggang*

Dalam badan kita terdapat satu organ yang berbentuk seperti kacang, iaitu buah pinggang. Setiap orang dikurniakan sepasang buah pinggang. Setiap satu daripadanya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk, dan terletak betul-betul bawah tulang rusuk bersebelahan dengan tulang belakang. Fungsi organ ini adalah mengekstrakkan bahan buangan daripada darah, mengimbangi cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu fungsi badan yang lain.

Setiap hari, *badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan.* Tujuannya adalah untuk *mengelakkan lambakan bahan buangan di dalam badan*. Buah pinggang juga *mengekalkan tahap elektrolit dalam badan*. Ia juga menghasilkan *hormon-hormon yang mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan kekuatan tulang.*

Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah pinggang kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada buah pinggang kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan buah pinggang.