Topik ini telah disiarkan di dalam WhatsApp, tetapi saya merasakan ia perlu direkodkan untuk rujukan semula di masa depan.
------------------------------------------------------------------------------
Ramai orang mengalami perubahan-perubahan dalam tubuh mereka setelah meminum Air Kangen. Anda tidak perlu bimbang kerana beberapa keadaan di bawah ini merupakan perkara yang normal bagi tubuh kita dalam proses membuang toksin atau detoksifikasi. Tanda-tanda positif setelah minum Air Kangen adalah seperti berikut :
1. Demam ringan, mual akibat proses pembuangan toksin dalam tubuh (detoksifikasi) dan proses perlawanan infeksi tubuh.
2. Muntah, cirit birit akibat proses pembuangan toksindalam usus.
3. Sembelit, najis berwarna gelap akibat prosespembuangan toksin melalui usus.
4. Banyak berpeluh dan berbau akibat detoksifikasi kelenjar peluh kepada para penderita obesiti dan
ketidakseimbangan hormon.
5. Masalah jerawat, alergi kulit, gatal, kemerahan akibat pembuangan toksin melalui kulit.
6. Sakit otot dan ngilu badan terutama pada penderita gout.
7. Tekanan darah yang tidak stabil baik pada penderita tekanan darah tinggi maupun penderita tekanan darah rendah.
8. Pendarahan lebih banyak dan berwarna pekat ketika haid sebagai reaksi detoksifikasi.
9. Pendarahan seperti menstruasi pada wanita menopause yang merupakan reaksi pembersihan organ
reproduksi /peranakan.
reproduksi /peranakan.
10. Keputihan sebagai reaksi perlawanan infeksi pada saluran reproduksi/peranakan.
11. Kadar gula darah tidak stabil atau meningkat, mual pada penderita diabetes yang merupakan reaksi
pengaktifan kembali pankreas.
12. Pembengkakkan badan, tangan, kaki, sering buang air kecil, terutama pada penderita buah pinggang dan
diabetes yang merupakan reaksi upaya tubuh mengeluarkan kelebihan zat dan racun dalam tubuh.
13. Buang air kecil turut keluar pecahan batu pada penderita batu karang.
14. Rasa mual yang hebat, gatal di sekujur tubuh, susah tidur, rasa cemas, demam, kram, ngilu, pada penderita tumor kanser yang merupakan tanda perlawanan tubuh terhadap sel tumor kanser.
Reaksi-reaksi tersebut memang menimbulkan ketidakselesaan dan berbeza-beza pada setiap orang
sebagai tanda awal penyembuhan tubuh.
Perkara ini disebabkan kerana pembuangan sisa toksin yang bertapak dalam usus dan sel-sel tubuh, namun
hanya untuk sementara. Sel-sel akan menjadi aktif dan mampu berfungsi secara normal setelah sisa toksin
keluar. Selain itu sistem pertahanan tubuh akan menjadi aktif kembali dalam keadaan lebih baik.
*******************************************************
KRISIS PEMULIHAN (Healing Crisis)
Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulaannya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan air Kangen, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan orang berasa lebih baik selepas mengambil air Kangen, Tetapi saya telah mengamalkan pengambilannya untuk seketika, dan saya tidak perasan sebarang perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas beberapa waktu selepas pengambilan air Kangen, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti cara yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca:
1. Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih,
2. Sakit kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi,
3. Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
4. Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon,
5. Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah
6. Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
7. Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
8. Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
9. Sakit di bahagian otot dan sendi- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
10. Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
11. Insomnia atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah
12. Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir. Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
13. Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir
14. Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
15. Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
16. Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang
Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?
Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.