Labels

Friday, September 22, 2017

Nasihat supaya sihat

Perkongsian melalui WhatsApp


*NASIHAT YANG PERNAH SAYA TERIMA*

Wahai Isteriku, adik beradikku  sedara2ku dan sahabatku semua yg sudah capai umur 60+, 50, 40. Saya sudah berada di penghujung usia 50an.

Ada beberapa nasihat baik yang pernah diberikan kepada saya,
Mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*Nasihat Pertama#*
Cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

*Nasihat Kedua#*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.


*Nasihat Ketiga#*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat Keempat#*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat Kelima#*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*Nasihat Keenam#*
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat Ketujuh#*
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat Kelapan#*
Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat Kesembilan#*
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Semoga Kita Mendapat Hijrah Ke Kehidupan Yang Lebih Baik

*Credit to penulis asal. Semoga sentiasa dirahmatiNya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.