Labels

Thursday, September 7, 2017

Tip jaga mata

TIPS PENJAGAAN MATA BAGI PENGUNAAN KOMPUTER

Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :

+ Kedudukan skrin komputer

Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata.

+ Pencahayaan yang bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.


+ Kurangkan silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.

+ Kelipkan mata dengan kerap

Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye).
Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

+ Rehatkan pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata anda.


#penawarmata
#Idrop
P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.
Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.
Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan tentang I-drop hubungi staff kami yg sudi membantu
: 018 966 4695
Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.