Labels

Friday, September 8, 2017

Tip mengatasi kanser

Perkongsian melalui WhatsApp

Nak share slot dalam rancangan Prof.Muhaya.com dalam TV Alhijrah dengan tajuk Mengatasi kanser. Kanser (atau barah) adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan buah.

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS
Banyakkan ...
G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Kurangkan protein dalam hidangan.
Banyakkan meminum air putih.
Elakkan protein, gula adalah baja untuk kanser.



Tetamu yang didatang ke studio merupakan pesakit kanser tahap 4.
Semasa diagnosis koma 3 hari.
Kembali sihat setelah mengamalkan makan habatus sauda, air zamzam, minum air lemon, berries (anggur, kurma etc).
Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@alami.
Tidak mengambil perubatan seperti kimo. Dengan alasan bila beliau mengamalkan makanan yang sihat, natural ...kansernya tidak berkembang.
Dia yakin dengan cara natural beliau bertambah sihat.
Pemakanan sebelum kena kanser...fast food, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang makan buah dan sayur.

Hargai kesihatan anda.
Ubah tabiat makan kepada yang lebih sihat dan natural.
Banyakkan memakan sayur hijau ,jus buah dan buah-buahan.

Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser:
01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato


Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut.
2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
7. Jangan makan tomato dengan perut kosong. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.
8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, ianya boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ianya mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
18. Makanan yang membuatkan anda segar.
Ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. 
Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk. 

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.
Air lemon panas boleh membunuh sel kanser dan mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.
Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

Tambahkan air panas dengan 2,3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.
Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser.

Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.