Labels

Thursday, October 3, 2019

Inilah Manchester University


Pagi ni, Awen suapkan nasi untuk Balqis.
Sukalah dia!



Hari ni bermula dengan melawat kawasan uni.

Stadium Manchester City

Ke Stadium Manchester City

Selepas melawat stadium Man Utd, kami menaiki bas ke stadium bolasepak Man City pula.
Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya bergambar di luar stadium.
Senibina stadium ini agak menarik dan unik. Pembinaannya telah dibiayai oleh Etihad, kerana itulah stadium ini juga dikenali sebagai stadium Etihad.


Stadium Manchester United

Ke Stadium Manchester United

Menaiki bas ke stadium bolasepak Man Utd.
Kami bukanlah peminat bolasepak.
Namun kerana sudah menjejakkan kaki ke sini, bergambar sudah jadi perkara wajib.

Di kedai barangannya dijual bermacam jenis barangan.
Ada t-shirt, jersi dan ada juga tiket perlawanan akan datang.
Kami tidak sertai lawatan ke dalam stadium kerana bayaran yang mahal.
Cukup sekadar bergambar di sekitar stadium saja.

Persinggahan Arndale


10 Sep 2019 Selasa

11 pagi baru habis pusing-pusing uni.
Kami kemudian menaiki bas untuk ke Man United stadium. 

Dalam perjalanan, kami singgah dulu di Morrisons. Mencari sandwich. Light lunch hari ni.
Tempat ini berhampiran dengan shopping mall, Arndale dan Primark.

Di pusat bandar ini juga kami masuk ke shopping mall Arndale selepas melawat Man City stadium. Asalnya nak lihat tempat Hakeem bekerja tapi dia cuti hari tu. 

Kami mencari tempat solat kerana sudah lewat petang. Mujur ada Multi-faith prayer room. Jadi dapatlah bersolat di situ setelah Awen minta kunci dari penjaganya.

Ke Fakulti Geology


10 Sep 2019 Selasa

10 pagi Kami sampai ke Geology faculty.
Bermacam jenis batu batan ada di situ.
Awen buat sedikit briefing tentang apa yang dipelajarinya di situ.

Kami hanya seronok nak bergambar je. Hihihi!



Wednesday, October 2, 2019

Rumah tumpangan di Manchester


9hb Sep 2019 Isnin
Rumah tumpangan untuk sekeluarga

Seperti yang saya katakan sebelum ini, rumah tumpangan kami disewa oleh anak-anak Malaysia yang belajar di Manchester uni.

Kalau tidak silap, ada seorang dari empat penyewa itu yang masih berada di Manchester (tak balik bercuti) tetapi dia sanggup mengosongkan rumah untuk kami sekeluarga menggunakannya. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah yang baik hati itu.

Berangkat pergi ke UK


8 Sep 2019 Ahad
KLIA

830 malam kami bertolak ke KLIA. 
Nak tukar slipper Balqis supaya berjalan dengan kasut sukannya tapi dia tak nak. 
Begitu juga dengan bagpack baru untuk ke UK. Tak nak pindahkan barangn
ya ke beg baru.

Akhirnya bagpack polkadot merah putih yang sudah lusuh itu juga yang ikut ke UK. Slipper berjaya dibungkus dan masukkan ke dalam bagpack itu.
Rezeki dialah!

Mendarat di Manchester

9 Sep 2019 ISNIN

120 petang - kami mendarat di Manchester. Suasana di luar sejuk. 16 darjah Celsius.
Gerimis menyambut ketibaan kami.

Kami dapat VVIP treatment hari ni.
Alhamdulillah! Allah permudahkan.


Sunflower lanyard

Tuesday, October 1, 2019

Kembara keluarga


KEMBARA KELUARGA ke UK

Ini adalah kisah keluarga kami.
Satu pengembaraan yang sangat bermakna.

Syukur Allah beri rezeki untuk ke UK.

Thursday, July 11, 2019

Mencari lampin kain

Saya lebih mudah menyebut CD (cloth diaper).
Dalam Bahasa Melayunya, lampin kain.

Sudah beberapa tahun saya mencari lampin kain ni.
Asalnya saya sudah membeli lampin kain ketika Balqis berumur 12 tahun.
Siap customized lagi kerana sudah tak muat untuk guna lampin bayi tu.

Taklah beli banyak-banyak sebab sangka saya, Balqis tidak perlu memakai lampin lagi apabila dewasa.