Saya merasa terpanggil untuk memulakan satu blog khusus bagi memaparkan pengalaman saya sebagai seorang ibu kepada seorang anak istimewa.
Pengalaman saya bermula pada tahun 2004 sebenarnya, apabila saya berhenti kerja dengan hasrat menumpukan perhatian untuk mencari rawatan yang sesuai untuk anak saya. Kebanyakan perkara yang saya lalui hanya terpendam di dalam PC dan buku-buku nota saja, hinggalah ke hari ini. Saya akan cuba ceritakan sedikit demi sedikit apa yang saya pelajari sepanjang tempoh itu.
Diharapkan blog ini memberi munafaat kepada semua yang melawat. Sekiranya ada komen-komen yang membantu, sila email kan kepada saya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.