Labels

Sunday, October 6, 2019

Bersiar-siar di Oxford

13 Sep 2019 Jumaat
Oxford

Kami bertolak ke Oxford jam 2 petang. Kami hanya makan tengah hari dalam kereta untuk menjimatkan masa.

Tiba di Oxford jam 4 petang. Oleh kerana tempat parking agak terhad, kereta harus ditinggalkan di luar kawasan bandar. Ada beberapa medan letak kereta berhampiran, yang paling dekat adalah Seacourt Park and Ride.

Dari situ, ada bas yang membawa kami ke bandar Oxford. Satu lagi bandar dengan bangunan yang antik tapi menarik.

Melawat gedung ilmu UK

13 Sep 2019 Jumaat
Cambridge

Kami keluar rumah pukul 1030 pagi.

Malam tadi, Awen sudah booking untuk parking di kawasan parking Hotel Double Tree di Cambridge. Tempat itu berhampiran dengan kawasan universiti.

Kami terus menuju ke tempat "punting" itu. Family tour boleh dapat GBP20 saja. Dayung sendiri. Balqis tak mahu naik sampan kayu (punting), mungkin gayat kot. 
Jadi kami terus saja berjalan di sekitar kawasan University of Cambridge.

Saturday, October 5, 2019

Senibina Islam di Cambridge Central Mosque

12 Sep 2019 Khamis
Cambridge

Tidak sempat untuk "punting" kerana hari sudah menjelang senja.

Akhirnya kami terus mencari masjid yang baru dibina itu. Kami terpaksa melalui kawasan perumahan untuk sampai ke Central Mosque. Jalannya agak sempit dan sehala saja. Berpusing-pusing juga nak sampai ke masjid itu.

710 petang kami tiba di masjid. Masjid tercanggih di UK kot. Cantik sangat dan pembinaannya dirancang rapi. Rekabentuk senibina kayu yang diinspirasikan dari rekaan Andalus di Sepanyol.

Menyewa airbnb di Cambridge

12 Sep 2019 Khamis
Cambridge

Kami bertolak dari rumah Tok Lang lebih kurang jam 4 petang. Destinasi seterusnya adalah Cambridge mengambil masa 1. 5 jam.

520 petang sudah tiba di rumah sewaan airbnb di Cambridge. Rumah yang cantik dengan ciri-ciri Inggeris (disewakan oleh seorang super host). Segala peralatan cantik dan lengkap.
Roti, marjerin dan susu segar juga disediakan oleh super host ini.

Melawat Tok Lang Hasan

12 Sep 2019 Khamis
Peterborough

Kami sampai 2 petang. Tok Lang (85) dan Tok Gill (73) sudah siap menyediakan makan tengah hari. Sangat happy dengan kehadiran kami. Syukur kedua-duanya masih sihat.


Indahnya pemandangan di Peak District

12 Sep 2019 Khamis
The Peak District

940 pagi kami bertolak ke Peterborough. Dari  Manchester, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam ke Peterborough. 

Kami melalui kawasan perkampungan dengan pemandangan yang sangat cantik di Peak District. Ada tasik, rumah, jerami digulung, ladang dan padang rumput yang luas terbentang dan tasik. Terkadang ternampak lembu, biri-biri dan juga kuda.

Friday, October 4, 2019

Layan peminat LFC

11 Sep 2019 Rabu
Anfield, Liverpool

Kami tiba di Stadium Liverpool pukul 1 tengah hari. Angin kuat sangat, mungkin kerana bandar ini tepi laut.

Sepatutnya kami hanya budget masa 1 jam saja di sini. Tapi kami mengambil lebih lama kerana Awen ada banyak cerita tentang team kesayangannya ini.

LFC menyambut ulangtahun ke 100 penubuhannya pada tahun ini.

Anfield, Liverpool

11 Sep 2019 Rabu
Liverpool 

Perjalanan dari Manchester ke Liverpool mengambil masa dalam 1 jam.
Bandar Liverpool dipenuhi bangunan dan rumah yang cantik-cantik. Sangat teratur dan dijaga rapi. Setiap sudut terasa cantik.

Ada dalam sejarah tentang Liverpool menjadi tempat kelasi kapal dari Malaysia yang pertama mendarat di sini, macam yang dipaparkan dalam filem Pulang.

Makan di Rump and Ribs

11 Sep 2019 Rabu

Dari Liverpool ke Manchester mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Setibanya kami di Manchester sudah pukul 8 malam.

Terus mencari tempat makan tapi perlu bayar tempat parking dulu. Setiap ruang parking harus dibayar, tidak kira masa. Kerana ada cctv yang merekodkan aktiviti kita. Silap haribulan, saman akan menyusul.

Menyewa kereta

11 Sep 2019 Rabu

1020am Kami bertolak ke Manchester airport untuk ambil kereta sewa.
Deposit 25% sudah dibayar semasa booking online. Tiba di sini perlu lunaskan seluruh bayaran.
Setelah selesai proses bayaran, kamipun pergi mengambil kereta.

Inilah kereta kami untuk beberapa hari perjalanan sampai ke Brighton nanti.