Labels

Friday, April 17, 2015

Buku: The Miraculous Properties of Ionized Water





Buku ini menceritakan tentang air secara amnya. Seseorang yang minum air secukupnya;
- lebih sihat
- kurang toksik
- lebih bertenaga
- fungsi badannya lebih efisyen
- otaknya lebih peka
- kurang sakit
- melawan penyakit lebih baik.

Penulis kemudiannya mengajukan kebaikan air berion berbanding segala jenis air yang lain.

Pada saya, dari segi kandungannya, maklumat dalam buku ini amat teknikal dan memerlukan masa untuk faham.

Antara jenis air yang disebut oleh penulis adalah:

Air botol (bottled water)

Air yang dibotolkan telah terjual dengan harga yang mahal berbanding air pili. Selepas digunakan, botol-botol plastik ini mengambil masa yang lama untuk dilupuskan, mendatangkan mudharat kepada alam sekitar.
Air ini juga bersifat asidik.

pH untuk jenis-jenis air

Air berkarbonat: 4.0 - 5.0
Air suling (distilled water): 5.8 - 6.5
Reverse Osmosis water: 5.5 - 6.3
Spring water or Mineral water: 6.0 - 8.0
Air berion: 8.0 - 9.9
Jus oren (botol): 5.0
Wain: 5.5
Beer: 4.0
Kopi: 5.0
Black tea: 5.5
Green tea atau oolong tea: 6.5

Sumber-sumber air yang lain

Antara faktor yang menentukan kualiti air adalah sumber dan kandungannya.
Sumber air perlu diambilkira contohnya dari perigi, contohnya kedudukan perigi berhampiran dengan tangki septik. Flourida dan klorin sebagai elemen dalam kandungan air amat membahayakan.

Apakah maksudnya "pengionan"?

Molekul menerima satu elektron ataupun kehilangan satu elektron.

Antara ciri-ciri terpenting air berion adalah seperti berikut:

1. kaya anti-oksidan.

Minum air berion yang segar, adalah seperti mengecas badan kita, sama kesannya sepaerti makan sayur dan buah-buahan yang segar.
Air berion segar yang baru dihasilkan mengandungi molekul "hydroxyl" (seperti buih halus) yang merupakan elektron-elektron. Elektron ini bertindak bergabung dengan "radikal bebas"

2. bersifat alkali

Badan berasid mudah mengundang penyakit. Mengapa? Kerana asid menyebabkan fungsi enzim badan kita akan berhenti bekerja, yang mana melumpuhkan fungsi metabolisme sel-sel. Akhirnya fungsi badan akan gagal tanpa kita sedari.

pH yang ideal untuk badan kita adalah diantara 6.8 - 7.0. Amat penting untuk kita perhatikan apa yang kita makan dan minum.

Bolehkah badan kita menjadi terlalu alkali? Tak mungkin, kecuali jika disebabkan oleh pemakanan.
Setiap makanan yang dimasak sudah bertukar asidik. Kebanyakan makanan yang kita makan tentulah sudah dimasak ataupun diproses. Begitu juga dengan minuman. 
Stress juga satu lagi faktor yang meng "asid" kan badan kita. Sama seperti pencemaran.

Bagaimana perut kita menyesuaikan dengan air berion?

Asid hidroklorida di dalam perut hanya terhasil semasa kita makan. Bukan sepanjang masa berasid.

Bila kita sedang mengunyah makanan, asid hidroklorida dihasilkan, menurunkan pH perut ke 2.5 - 3.0.
Selepas habis makan, asid hidroklorida itu berhenti dihasilkan, mengembalikan pH perut pada 4.0 - 5.0. Jadi minum air berion dengan pH sedikit tinggi buat sementara waktu, tidak merosakkan perut kita.
Keadaan perut kita sama seperti ketika kita makan makanan atau buah yang bersifat alkali, perut sudah terbiasa dengan pH yang tinggi (alkali).

Ini juga bermakna, lepas makan jangan terus minum air berion. Kerana ia tak bagus untuk perut yang sedang menghadamkan makanan. Minum selepas 30 minit selepas makan.

Bagaimana mengukur pH badan?

Gunakan kertas litmus, samada menguji air liur atau pun air kencing setiap pagi.

3. berkelompok kecil/halus (microclustering)

Berbeza dengan kelompok air biasa yang mengandungi 10 molekul air, air berion hanya ada 5 atau 6 molekul air saja. Dengan itu, ia lebih mudah diserap oleh sel badan kita. Proses penyahtoksidan juga berlaku serentak, kerana sel-sel sudah boleh berfungsi lebih baik lagi.

Kesan detox berbeza dari seorang ke seorang yang lain, bergantung kepada berapa banyak toksin dalam badannya. Toksin di dalam badan mempunyai caj positif. Ion negatif di dalam air berion ini akan bergabung dengan toksin bercaj positif dan masuk ke saluran darah, dan dikeluarkan melalui organ perkumuhan seperti buah pinggang.


Memandangkan penulis ini berada dalam industri air di USA, beliau menyentuh topik membotolkan air berion.
Membotolkan tidak digalakkan kerana keberkesanan air berion itu akan luput sedikit demi sedikit.
Bekas yang paling bagus untuk menyimpan air berion adalah gelas, jauh dari cahaya matahari.
Yang kedua terbaik adalah PET (polyethylene terephthalate), seterusnya polypropylene.

Pentingnya berpuasa (dari makan)

Penulis ini menengahkan satu idea baru kepada saya tentang pentingnya puasa untuk merehatkan badan, perut dan mengembalikan kesihatan. Bagaimana puasanya dilakukan?

- Puasa satu hari (24 jam) dalam sebulan.
- Makan satu hidangan yang banyak semasa tengah hari atau awal malam (6 petang).
- Pagi esoknya, hanya minum air berion selama yang boleh.
- Boleh juga makan atau minum spirulina dan klorella.

Jika hidangan tengah hari pada hari berikutnya adalah pada pukul 10 pagi, bermakna anda telah"berpuasa" selama 16 jam. Mengikut pemerhatiannya, 
sehari "puasa dengan jus" boleh membuang toksin yang terkumpul 2 ke 20 hari, 
manakala sehari "puasa dengan air berion" boleh membuang toksin terkumpul  selama 10 hari.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.