Hari ini, saya akan mengulas tentang kandungan buku ini.
Apa yang ingin disampaikan oleh penulis buku ini adalah tentang keberkesanan air, sebagai agen untuk memperbaiki tahap kesihatan badan.
Buku ini adalah sambungan dari buku sebelum ini yang bertajuk Your body's Many Cries For Water.
Rujuk di sini untuk buku Your Body's Many Cries for Water :
SATU PENEMUAN
Penulis menceritakan satu penemuan yang tidak disampaikan kepada seluruh manusia,
"Chronic unintentional dehydration" adalah penyebab utama KESAKITAN dan PENYAKIT pada manusia, termasuklah barah.
Badan manusia amat mudah menjadi "dehyrated" walaupun kita dikelilingi oleh air. Air yang dimaksudkan di sini adalah air putih. Bukan air minuman yang berkarbonat, berwarna warni dan sebagainya. Tanpa kita sedari, kita kurang minum air putih sehingga badan kekurangan air yang teruk.
Katanya, bila badan kita kekurangan air (water shortage) fungsi badan akan berubah untuk mencari ganti air yang tiada itu. "Kemarau air" ini akan menyebabkan timbulnya tanda2 sakit di beberapa bahagian badan.
Lebih memburukkan keadaan, kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat, bagi menghentikan tanda-tanda sakit itu. Malangnya, ubat ini pula menjadi toksik yang menambah beban kepada badan kita untuk berfungsi dengan baik.
Sudah tentulah keadaan ini tidak digemari oleh par pengamal perubatan kerana itulah sumber pendapatan mereka!
FUNGSI HISTAMIN yang sebenar
Penulis telah mendapati histamin adalah neurotransmitter yang mengawal pergerakan air dan mengurus "kemarau air" di dalam badan. Pada masa ini, histami dilihat sebagai satu agen pengacau yang menghasilkan bio-kimia yang mengganggu fungsi badan. Di pasaran kita dapati bermacam-macam antihistamin - anti allergy, anti depressant, tranquilizer yang sebenarnya adalah antihistamin yang sangat kuat.
Walaubagaimanapun, anti histamin yang paling baik secara semulajadinya adalah air. Malahan, semua dadah/ubat mempunyai kesan sampingan, tetapi tidak pada air.
TESTIMONI PESAKIT
Topik di dalam buku ini lebih mengetengahkan testimoni pesakit-pesakit penulis yang telah mencuba resipi rawatan airnya. Bermacam-macam jenis penyakit berjaya disembuhkan, hanya dengan meminum sejumlah air yang sepatutnya. Antaranya penyakit yang disenaraikan adalah:
- migraine
- pedih ulu hati
- lelah/asthma
- kolesterol tinggi
- alahan
- sinus
- batuk
- murung (depression)
- lupus
- darah tinggi
- angina
- sakit sendi
- sakit belakang
- serangan jantung
- kencing manis
- obes.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.