Labels

Wednesday, April 1, 2015

Peringatan demi peringatan


Dia adalah peringatan untukku,
Setiap pagi, setiap hari mengurus dirinya,
Bahawa hidup hanyalah sementara,
Hidup ini hanyalah jambatan,
Hidup ini hanyalah sebahagian dari perjalanan,
Menuju alam yang infiniti itu,
Alam yang tiada penghujungnya,
Untuk aku ingat dan sedar diri.




Itulah hikmahnya,
Peringatan demi peringatan,
Peringatan yang kekal bersamaku,
Dalam menempuh hidup ini.

Supaya aku tidak leka,
Supaya aku tidak lupa,
Asal usul aku yang hina ini,
Yang sentiasa dinodai dosa,
Yang sengaja dan tidak sengaja,
Supaya terus istiqamah, 
Menyucikan diri dan hati,
Dalam mengejar redho Allah.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.