Labels

Saturday, April 25, 2015

Perut kita dan penghadaman

Di sini, saya terjemahkan sedikit info tentang KW dan perut kita.


KW elok diminum bila perut kosong, 5 - 10min sebelum makan, kerana asid hidroklorida perlu untuk penghadaman makanan. Tanpa menghadam makanan, pH perut adalah sekitar 4.0.

Bila perut kosong, pH perut mungkin rendah (asidik), tapi jumlah asid hidroklorid juga rendah. Minum KW akan menaikkan pH perut. Perut kemudiannya akan secara semulajadi hasilkan lebih banyak asid hidroklorida untuk stabilkan balik ke pH 4.0. Ini menyebabkan banyak bikarbonat masuki aliran darah. Bikarbonat diperlukan oleh darah utk meneutralkan asid.

Dengan ini, keupayaan badan.kita utk meneutralkan asid akan bertambah baik.







Berikut pula adalah satu lagi artikel dari sumber WA.

Kadar keasidan cecair yang terlalu tinggi dalam badan disenaraikan sebagai kesan daripada pemakanan yang tidak seimbang. Kesan keadaan peneutralan asid di dalam badan yang terlalu banyak sangat menyakitkan. Kebolehan badan menyerap nutrien dan garam mineral melibatkan organ-organ penting badan menyebabkan kadar metabolisma menjadi kurang dan tidak berjalan lancar. Proses yang melibatkan pencernaan menjadi tidak stabil dan lemah kerana kadar penyerapan asid yang terlalu tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan nausea, loya dan muntah, stress dan gastrik.

Untuk mengetahui adakah badan seseorang individu sangat berasid, ujian air kencing boleh dilakukan pada waktu pagi. Basahkan sedikit kertas PH pada air kencing dan buat bacaan dengan segera. Nilai PH yang normal adalah dalam lingkungan 6.4 – 6.8 . Sekiranya kadar asid adalah tinggi, maka bacaannya adalah kurang daripada 6.0. Kandungan asid yang tinggi merupakan penyebab kepada keadaan yang tidak sihat kepada badan dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, penyakit jantung dan juga hipertensi (darah tinggi).

Keadaan ini terjadi apabila seseorang individu tidak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Amalan pemakanan makanan yang mengandungi asid yang tinggi seperti daging, ayam, produk tenusu, ikan dan telur seta kurang pengambilan sayur-sayuran boleh menyebabkan keadaan asidosis. Bahagian badan yang paling berasid iaitu perut mengalami masalah dalam pencernaan kerana lebih menyerap cairan berasid ke dalam badan. Sekiranya keadaan ini berterusan, seseoran individu berisiko mendapat penyakit kencing manis dan diikuti dengan kegagalan buah pinggang serta penyakit batu karang.

Asid yang berlebihan punca gout

Kandungan asid urik yang tinggi juga boleh mengakibatkan gout secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, individu akan mengalami pengaliran darah yang tidak lancar dan cepat letih dan sakit-sakit sendi. Kemudian, individu akan mendapati lemah tenaga batin lalu timbul bengkak-bengkak di kaki dan tangan. Peringkat terakhir mengakibatkan pertumbuhan tofi di kawasan yang bengkak tersebut. Individu yang menghidapi gout juga berisiko mengalami masalah buah pinggang, pertumbuhan batu karang, hipertensi dan lain-lain penyakit berkaitan salur darah.

Saluran renal(buah pinggang) yang tersumbat menyebabkan lebihan asid yang tidak dicerna bertangkung di dalam salur pencernaan lalu berlaku penyumbatan. Cecair yang tersumbat menyebabkan pembentukan kristal di dalam saluran tersebut lalu menyukarkan pengeluaran air kencing dan boleh menyebabkan air kencing mengandungi darah. Hal ini berlaku kerana pembentukan kristal di dalam salur pencernaan iaitu saluran air kencing menyebabkan salur kencing menjadi luka. Keadaan ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman di saluran air kencing dan penyakit batu karang.

Wabak pemakanan berasid yang berlarutan pada masa kini telah mencetuskan revolusi dalam perubatan moden. Kini individu yang mengalami masalah asidosis atau asid berlebihan dalam badan mempu mengawal kadar asid dalam badan melalui penggunaan produk beralkali. Air alkali yang dalam bentuk cecair memudahkan usus kita lebih cepat menyerap oksigen ke dalam saluran darah. Air alkali juga terbukti berkesan meneutralkan asid dalam badan. Penggunaan berterusan terbukti mengawal sepenuhnya asid dalam badan. 

Dengan kaedah penggunaan yang betul, pengamal mampu meneruskan kehidupan yang sihat dengan sempurna di samping menikmati makanan yang berasid dalam kandungan yang terkawal dan selamat InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang membina dan berhikmah. Terima kasih didahulukan.